“Kalau Tengok Orang Lain Happy, Kita Patut Tumpang Happy & Bersyukur Sebab…” – Amira Othman

“Kalau Tengok Orang Lain Happy, Kita Patut Tumpang Happy & Bersyukur Sebab…” – Amira Othman


Penyanyi, Amira Othman mengingatkan orang ramai agar tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk membanding-bandingkan kehidupan dengan orang lain, sebaliknya mengambil sisi positif yang dikongsi orang lain.

Kata Amira menerusi perkongsian tular, platform media sosial mempunyai kebaikan dan keburukan bergantung bagaimana masnusia memilih untuk menggunakannya.

“Pesanan saya adalah, sosial media ini adala baik dan ada tidak baiknya. Apa yang baik, kita gunakan dan kongsi perkara-perkara baik.

“Tapi nak bandingkan kehidupan dengan orang lain adalah tidak sihat.

“Pada saya, kalau kita tengok orang lain bahagia, kita kena tumpang happy dan bersyukur sebab kita tahu setiap kali dia dapat ujian pasti, dia juga akan mendapat nikmatnya. Begitu juga dengan kita,” katanya.

Malah, sikap mensyukuri perkara kecil dalam kehidupan mampu membuatkan hati berasa lebih tenang, kerana setiap orang membawa ujian masing-masing.

“Untuk saya kalau saya nak pesan pada diri saya, saya rasa saya kena bersyukur walaupun sekecil zarah. Sebab kita tak tahu orang lain apa ujiannya.

“Jangan risau lebih-lebih sebab memang dunia ni tempat ujian. Dan setiap ujian pasti ada hikmahnya,” jelasnya.



Source link

OR

Scroll to Top