Pelakon popular Kamal Adli sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila berkongsi momen mesra bersama isteri tercinta, Uqasha Senrose, dan anak mereka, Hawra Uqaira di media sosial.
Meskipun perkongsian tersebut hadir di tengah-tengah spekulasi mengenai kemelut rumah tangga pasangan itu yang masih menjadi bualan ramai, namun, menerusi video yang dimuat naik Kamal di Instagramnya, pasangan berkenaan kelihatan tenang dan bahagia ketika meluangkan masa bersama anak mereka.
Dalam video sesi siaran langsung di TiKTok itu, Kamal dan Uqasha dilihat santai sambil bermain dan menyuap makanan kepada anak mereka seolah-olah menepis segala spekulasi yang tersebar sebelum ini.
Sebelum ini, Uqasha telah memfailkan perceraian ke atas Kamal pada 1 Oktober lalu.
Bagaimanapun, prosiding kes perceraian pasangan ini ditangguhkan pada 19 November depan selepas peguam mewakili aktres itu menarik diri daripada mengendalikan kes tersebut.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.






