Kamal Adli Dakwa Isteri ‘Tak Waras’, Uqasha Senrose Tampil Pertahan Diri – “Macam-Macam Saya Kena! Saya Hanya Dibenar Duduk Dalam Bilik Sebab…”

Kamal Adli Dakwa Isteri ‘Tak Waras’, Uqasha Senrose Tampil Pertahan Diri – “Macam-Macam Saya Kena! Saya Hanya Dibenar Duduk Dalam Bilik Sebab…”


Pelakon Uqasha Senrose akhirnya tampil bersuara bagi mempertahankan diri susulan kenyataan suaminya, Kamal Adli, yang mendakwa dirinya tidak waras.

Usai prosiding kes laporan Jawatakankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur pada Khamis,  Uqasha menegaskan, dakwaan berkenaan tidak adil terhadap dirinya yang selama ini memilih untuk berdiam diri demi menjaga maruah keluarga dan anak.

“Saya tak waras? Saya tak jaga anak saya seorang-seorang,” katanya.

Menurut Uqasha, keputusannya memohon penceraian dibuat secara baik kerana tidak lagi mampu memendam perasaan dan tekanan yang dialami dalam rumah tangganya itu.

“Kenapa saya minta cerai secara baik tak nak selesaikan? Saya minta ini je.

“Kalau kau orang nak tahu inilah dia. Saya pendam, saya diam, saya jaga.. inilah dia.

“Dia boleh buka semua yang tak sepatutnya dekat atas tu (court) tu? Inikah dia kata nak pertahankan rumah tangga,” jelasnya.

Mengulas dakwaan kononnya Kamal bertindak kasar terhadap anak, Uqasha menjelaskan, dia tidak mahu isu itu diperbesarkan, namun mengakui situasi tertentu membuatkan dirinya memilih untuk menjauhkan diri.

“Dia pegang anak (kasar), marah-marah saya tinggi suara apa semua… saya tak nak semua tu. Itu sebab saya lari dari rumah. Lari dekat rumah mak saya sahaja.

“Kejadian semua dekat rumah sebab saya hanya dibenarkan duduk dalam bilik dekat atas sebab kawan lelaki dia penuh dekat bawah,” tambahnya.

Ketika  ditanya mengenai kenyataan Kamal yang disifatkan seolah-olah mahu mempertahankan diri semata-mata, Uqasha bagiamanapun  menyerahkan penilaian terhadap kepada orang ramai.

“Kau orang nilai sendiri. Kau orang nilai sendiri apa yang dia cakap tu sama tak?

“Saya sabar tau selama ni yang memfitnah saya cakap benda bukan-bukan. Media pun tulis yang bukan-bukan pasal semua benda. Lepastu saya burnout jaga anak. Kenapa saya susah nak bagi anak dekat dia pun ada sebab dia.

“Saya tahu macam mana culasnya dia tentang nafkah. Dia tak bagi saya nafkah.

“Yang kau orang kata kononnya dia kerja nak cari nafkah untuk saya tu tak! Saya cari kerja sendiri, saya besarkan Uqaira, saya beli baju anak sampai besar. Pampers, susu semua saya yang beli semua tu,” ujarnya.

Kredit video:Utusan Online



Source link

OR

Scroll to Top