Kamal Adli kesal, video shooting dengan Uqasha tular lagi -“Agak-agaklah nak sebar fitnah”

Kamal Adli kesal, video shooting dengan Uqasha tular lagi -“Agak-agaklah nak sebar fitnah”


Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa kesal selepas tersebarnya video kononnya dia bergaduh dengan bekas isteri, Uqasha Senrose.

Kamal Adli kecewa ada yang fitnah

Menerusi perkongsian Kamal di Thread, dia menjelaskan bahawa sebenarnya video yang tular tersebut hanyalah rakaman suntingan daripada program yang menampilkan kisah hidup mereka sebelum ini.

“Dekat TikTok ada orang post video saya dan Uqasha bergaduh fasal main futsal. Nak buat fitnah pun agak-agaklah.
“Sah itu penggambaran untuk Astro. Kongsilah klip itu sampai habis,” katanya dalam hantaran di laman Threads pada Rabu.

kamal adli

Mohon diberi masa bertenang

Difahamkan, video tersebut memaparkan Uqasha merajuk kerana Kamal terlepas waktu makan malam akibat bermain futsal, dan ia turut dimuat naik oleh individu menggunakan nama ‘Kamal Adli’ di TikTok.

Kamal menegaskan netizen wajar berhenti menyebar cerita seperti ini memandangkan dia baru sahaja melalui proses perceraian.

“Berilah masa dan ruang orang nak bertenang. Dah la pakai nama Kamal Adli. Bodohlah macam ini!” luahnya.

kamal adli

Artikel lain: Terima kasih Uqasha, saya minta maaf kalau jadi suami tak baik – Kamal Adli

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin. Pasangan ini berkahwin pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira, yang kini berusia 1 tahun 8 bulan.





Source link

OR

Scroll to Top