Pelakon, Kamal Adli mencuri tumpuan selepas berkongsi sebuah foto ‘selfie’ di Instagram (IG) miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Kamal atau nama lengkapnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, mengakui dirinya berasa penat.
“Penatnya,” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun, aktor filem Takluk: Lahad Datu ini tidak menjelaskan secara terperinci mengenai maksud disebalik luahannya itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan netizen menitipkan kata-kata sokongan kepada Kamal yang kini sedang berdepan ujian konflik rumah tangga bersama isteri, aktres jelita, Uqasha Senrose.
Oktober lalu, Uqasha telah memfailkan perceraian terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dipercayai berpunca daripada tiada persefahaman dan berlaku konflik rumah tangga sejak April 2025.
Pada prosiding perceraian berlangsung pada Rabu lalu, kedua-dua pihak telah melantik jawatankankuasa pendamai setelah diarahkan oleh pihak mahkamah.
Susulan itu, mahkamah menetapkan perbicaraan seterusnya pada 18 Disember ini.
Sekadar info, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021, dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira, 19 tahun.





