Kamal Adli Nak Pertahan Perkahwinan, Ada Usaha Berdamai

Kamal Adli Nak Pertahan Perkahwinan, Ada Usaha Berdamai


Peguam mewakili pelakon Kamal Adli iaitu Abdul Hadi berkata anak guamnya mahu pertahankan rumah tangganya bersama isteri, Uqasha Senrose.

Memetik Harian Metro, Hadi berkata Kamal berusaha untuk pertahankan perkahwinannya dan ada usaha dilakukan.

BACA: “Adakah Sah Perkahwinan Ini? Tanpa Pengetahuan Bakal Isteri?” – Uqasha

“Setakat perbincangan kami, Kamal memang nak pertahankan perkahwinan. Saya yakin pihak Kamal ada usaha yang dilakukan, cuma tak pasti bagaimana ia berlaku kerana itu peribadi mereka. Apa yang saya tahu, dia memang ada usaha,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai status perkahwinan yang dibuat oleh Uqasha menerusi satu hantaran di Instagram, Hadi berkata dia belum menyemak lagi perkongsian tersebut.

“Saya tak semak lagi hantaran yang dimuat naik Uqasha. Saya tak dapat komen apa-apa sebab tak tahu lagi mengenainya,” katanya.

Hari ini Uqasha hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini bagi sebutan pertama kes perceraiannya dengan Kamal Adli yang difailkan pada 1 Oktober lalu.

Peguam mewakili Uqasha berkata anak guamnya memfailkan perceraian kerana tiada persefahaman dan Kamal juga tidak melakukan sebarang usaha memujuk demi menyelamatkan rumah tangga.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top