Bapa kepada pelakon Uqasha Senrose iaitu Nik Sen meminta kepada menantunya, Kamal Adli untuk melepaskan anaknya.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Nik Sen berkata Uqasha tidak mahu lagi bersama dengan Kamal serta meminta untuk dilepaskan dan sebagai bapa dia tidak rela anaknya dipukul lagi.
BACA: “Saya Pun Ada Bukti, Ada Kesan Kekal Di Badan Saya Yang Tak Boleh Buang Dah”
“Kamal kalau kau tu jantan kau lepaskanlah dah orang tak nak dekat kau, kau buat apa lagi. Kau ni dayus, lepaskan orang tak nak dekat kau senang cerita.
“Kalau bersama balik pun akan benda sama juga dan saya tak rela anak saya dipukul hari-hari,” katanya.
Sementara itu, Uqasha berkata dia yang hidup dengan Kamal selama empat tahun dan lebih mengenalinya berbanding netizen diluar sana.
“Saya yang hidup dengan ini, selama ini saya yang kenal dia, satu bantal dengan dia. Saya kenal dia daripada korang kenal dia, yang konon nak backup dia. Saya lalui ni empat tahun.
“Kalau saya berseorangan saya boleh tutup lagi, tak bagi tahu keluarga saya, tak nak orang benci dia, tapi dia play victim, main sentimen simpati, cakap dekat saya lain, cakap dekat orang lain. Nak berdamai apa macam tu,” katanya.






