“Kami Cerai Sebab Lain & Saya Boleh Cakap Nabila Tak Pernah Kurang Ajar” – Sharnaaz Ahmad

“Kami Cerai Sebab Lain & Saya Boleh Cakap Nabila Tak Pernah Kurang Ajar” – Sharnaaz Ahmad

“Kami Cerai Sebab Lain & Saya Boleh Cakap Nabila Tak Pernah Kurang Ajar” – Sharnaaz Ahmad


Isu kandungan video yang menekakan tentang topik ‘takut bini’ sekadar teguran umum yang dibuat pelakon popular, Sharnaaz Ahmad kepada golongan pempengaruh.

Katanya, istilah itu tidak ada kena mengena dengan punca perceraiannya bersama kakak kepada selebriti popular, Noor Neelofa iaitu, Noor Nabila.

“Kami bercerai sebab tak ada persefahaman. Saya boleh cakap, Nabila tak pernah bersikap kurang ajar sampai macam mereka (infuencer yang muat naik video kontroversi).

“Dan, ia tak ada kena mengena dengan isu tidak hormat. Kami baik dan hubungan kami okay,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Don’t Hate The Sinners, Hate The Sin” – Sharnaaz Ahmad Bidas Teguran Tareq Fit

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Seloroh Minta Sharnaaz Ahmad Selaku Presiden Duda Malaya Serap Kamal Adli Jadi ‘Ahli Baru’, Ini Respons Empunya Badan – “Belum Official Lagi”

ARTIKEL BERKAITAN:“Don’t Hate The Sinners, Hate The Sin” – Sharnaaz Ahmad Bidas Teguran Tareq Fit

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, dia juga terbuka mengenai hubungannya bersama bekas isteri selagi kedua-dua mereka masih mnejalankan tanggungjawa terhadap penjagaan anak mereka, Jebat Jayden.

“Hubungan kami okay sehinggakan dia sendiri  pun tahu saya pergi mana.

“Malah, saya akan tolong jaga anak kalau dia ada urusan termasuk dia tolong ‘orderkan’ makanan sekali. Kami tak pernah ada masalah.

“Kalau saya ada teman wanita atau jika dia ada teman lelaki dan sudah berkahwin lain pun, saya tetap akan hormat pada suaminya.

“Bagi saya, kalau kita sudah mempunayi sifat matang dan saling memahami, hubungan juga tidak akan ada masalah,” jelasnya.

Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram, teraju utama filem aksi box- office Blood Brothers: Bara Naga itu tampil menegur tindakan segelintir pempengaruh yang gemar melakukan kandungan video mengangkat topik ‘takut bini’.

“Aku tak tahu kalau perkara ini ada atau tak kena mengena dengan aku. Tapi aku nak nasihatkan kepada influencer yang tak kisah lelaki atau perempuan yang suka buat konten ke arah ‘takut bini’.

“Aku bukannnya aku nak cakap apa, tapi kau orang tahu tak benda itu influence kepada perkahwinan anda. Benda ni akan terbawa-bawa atau cara anda bercakap dengan suami anda.

“Perkara i ni juga bukan dah terjadi sekali dua, dan kesudahannya pasti akan bercerai.

Sumber: Harian Metro



Source link

OR

Scroll to Top