“Kami dalam proses berpisah…Harap tiada lagi kenyataan daripada mana2 pihak” -Marissa Dania

“Kami dalam proses berpisah…Harap tiada lagi kenyataan daripada mana2 pihak” -Marissa Dania


Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim akhirnya bersuara apabila pelbagai spekulasi bertebaran sejak beberapa hari ini susulan kemunculannya di mahkamah syariah bersama suami, Ahmad Aslam tempoh hari.

Keputusan akhir adalah ‘cerai’

Dalam hantaran di Insta Story, Marissa meminta orang ramai berhenti membuat kesimpulan ataupun andaian sendiri memandangkan dia langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melibatkan status rumah tangganya.

“Perbicaraan kes kelmarin telah ditangguhkan untuk sambung bicara kerana saya belum memberikan keterangan.
“Kami kini dalam proses berpisah, dan keputusan akhir bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk adalah Cerai,” jelasnya.

Minta sedikit ruang

Marissa juga berharap dengan keputusan tersebut dapat menghentikan sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak.

Dia turut memohon agar diberikan sedikit ruang dan berharap supaya orang ramai tidak terus membuat sebarang kesimpulan ataupun andaian sendiri berkenaan rumah tangganya dengan Aslam.

“Saya harap tiada lagi kenyataan daripada mana-mana pihak. 
“Beri sedikit ruang dan tolong jangan membuat sebarang kesimpulan ataupun andaian sendiri,” tulisnya lagi.

 

Terdahulu, Aslam dan Marissa telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan pertama kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk di hadapan Hakim Syarie, Nadia Khamis.

Ammar  memaklumkan Aslam pernah melafazkan cerai terhadap Marissa di luar mahkamah masing-masing pada September 2024 dan Jun 2025.

Walau bagaimanapun, pasangan itu difahamkan kembali rujuk sebagai suami isteri dalam bulan yang sama bagi kedua-dua lafaz tersebut.

Aslam juga telah membuat video menjelaskan bahawa mereka sudah menerima sijil pernikahan yang sah dan perkahwinan tersebut didaftarkan.

Sebelum ini, Aslam telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah berkenaan pada 10 Mac lalu.

Pada Mei tahun lalu pula, Aslam dan Marissa pernah hadir ke mahkamah sama bagi proses pengesahan pernikahan selepas mereka bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Sumber: Instagram marissadania





Source link

OR

Scroll to Top