Susulan foto tular yang dikongsikan bekas suami kepada pelakon popular, Nora Danish iaitu Nedim Nazri pada Jumaat, pelakon jelita Nadia Brian akhirnya tampil menjelaskan hal sebenar.
Memetik laporan Harian Metro, Nadia atau nama lengkapnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, berkata, dia berasa terharu dengan hantaran yang dibuat Nedim.
Sekali gus, meminta izin untuk ‘repost’ kembali hantaran berkenaan.
“Saya berasa terharu dengan kapsyen yang ditulisnya itu kerana dia memang betul-betul nak berkawan dengan saya.
“Jadi, saya juga minta izin untuk ‘repost’ kembali hantaran itu di Instagram.
“Saya terima dia seadanya dan dia juga begitu,” katanya.
Bagaimanapun, Nadia mengakui, mereka kini dalam fasa mengenali hati budi masing-masing memandangkan usia perkenalan mereka baru sebulan.
Mengulas lanjut, Nadia menjelaskan, Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned memenuhi kriteria lelaki yang yang disukainya selain menyifatkan bapa anak dua itu seorang yang penyayang.
“Kali pertama kami bertemu di restoran bersama rakannya. Nedim ajak saya berjumpa untuk keluar makan ketika itu.
“Saya tak pernah tengok lelaki yang menyayangi anak-anaknya macam yang dilakukan Nedim. Dia bapa yang penyayang.
“Dan, bila saya berjumpa dengannya, saya selesa,” jelasnya.
Ketika disoal mengenai jodoh pula, Nadia menjelaskan, dia mneyerahkan segalanya pada ketentuan Tuhan.
“Saya serahkan pada Allah SWT. Doakan yang baik-baik buat kami,” ujarnya.
Sebelum ini, tindakan Boss Ned memuat naik fotonya bersama Nadia menyorot perhatian ramai.
Malah, kapsyen manis yang ditulis juga menunjukkan seolah-olah mereka kini adalah pasangan kekasih.
Sekadar info, Nadia sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019.
Namun, rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan dan bercerai pada April 2020.
Manakala, Nedim pula berkahwin dengan Nora Danish pada 30 Mac 2017 dan sah bercerai secara baik pada 19 Jun 2024.
Hasil perkongsian hidup, Nora dan Nedim dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia tujuh tahun.
Sumber: Harian Metro






