“Kami Hanya Raikan Hari Jadi” – Pekin Nafi Sambut Krismas

“Kami Hanya Raikan Hari Jadi” – Pekin Nafi Sambut Krismas


Pelakon Pekin Ibrahim menafikan dakwaan dia dan isterinya, Mona Allen meraikan Hari Krismas seperti video yang tular di media sosial.

Memetik Harian Metro, Pekin berkata majlis dihadiri mereka meraikan sambutan hari jadi dan bukannya melakukan aktiviti bertukar hadiah seperti didakwa.

BACA: Pakai Topi Santa Claus, Netizen Dakwa Mona Allen & Pekin Sambut Krismas?

“Kami hanya meraikan sambutan hari jadi anak kepada dua rakan. Salah seorang yang diraikan itu bukan Melayu dan beragama Islam.

“Sebenarnya, saya dan Mona memang memiliki ramai saudara mara yang bukan beragama Islam. Kita juga hanya main permainan ‘musical chair’ dan bukannya bertukar hadiah?” katanya.

Sementara itu, Pekin berkata lagi dia menghadiri majlis tersebut dengan hanya memakai baju tidur kerana ianya hanya dihadiri majlis terdekat. 

“Majlis itu hanya untuk keluarga terdekat dan kawan rapat saja sebab itu kami hanya pakai baju tidur saja. Sebab itu kami tidak ‘post’ atau buat ‘live’ majlis itu. Sebaliknya ada bibik (pembantu rumah) yang buat ‘live’ di majlis itu dan pada mulanya saya fikir dia buat video saja,” katanya.

Dalam pada itu, Pekin turut meluahkan rasa kesal susulan penyebaran gambar isterinya tidak berhijab di media sosial. 

“Kami baru sampai rumah dan keluar dari kereta untuk majlis hari jadi itu dan Mona tengah pegang anak yang sedang tidur dan mana sempat nak pakai tudung?

“Kami pun tidak tahu ada kawan Mona yang buat ‘live’ ketika kami sampai tapi Mona sudah cakap pada kawannya itu untuk alihkan kamera sebab dia tak pakai tudung. Sebab itu dalam video seterusnya, Mona sudah pakai tudung.

“Jadi, bagi saya orang yang sebarkan video itu hingga tular lagi munafik sebenarnya kerana ia boleh timbulkan fitnah dan jawablah dengan Allah di akhirat nanti,” katanya.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top