“Kami Keluar Makan Tiba-Tiba Nubhan Lafaz Cerai”

“Kami Keluar Makan Tiba-Tiba Nubhan Lafaz Cerai”


Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah mengakui terkejut apabila diceraikan suami buat kali kedua pada 26 Ogos lalu.

Memetik mStar Online, Afifah berkata ianya berlaku secara tiba-tiba selepas mereka keluar makan malam dan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

BACA: “Nubhan Pernah Lafaz Cerai Pada 2017 & Rujuk Semula Tapi Tak Didaftarkan” – Peguam

“Pada malam itu dia datang ambil saya di rumah, kami makan malam dan berbual seperti biasa. Tapi dalam perjalanan balik rumah, suami lafazkan cerai.

“Saya terkejut dan tak sangka akan berlaku lagi perceraian. Saya tak tahu kenapa, mungkin wujud salah faham,” katanya.

Sementara itu, Afifah berkata dia reda dengan ujian yang berlaku dan ibu mentuanya dikenali sebagai Mak Jenny tahu mengenai apa berlaku serta mereka ada bertemu semalam.

Hari ini, Nubhan memfailkan pengesahan lafaz cerai yang berlaku di luar mahkamah pada 26 Ogos lalu. Lebih mengejutkan pasangan ini pernah bercerai pada 2017 namun rujuk dalam tempoh iddah.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top