PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mencipta drama atau konspirasi sebaliknya membuktikan keupayaan mereka dengan memenangi setiap perlawanan.
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, Harimau Selatan juga bukan sebuah pasukan yang suka bercakap banyak dan menabur janji kosong.
Ia dibuktikan dengan kejayaan membelasah salah satu pencabar terkuat iaitu Selangor FC dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.
Tunku Ismail berkenan bergambar bersama pemain JDT, Junior Eldstal selepas pasukan Johor Darul Ta’zim menjuarai Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto Bernama
“Kami tidak bercakap, berpura-pura menjadi mangsa, mencipta drama, konspirasi dan membuat janji kosong.
“Kami hanya membuktikan kemenangan,” katanya dalam hantaran di laman sosial HRH Crown Prince of Johor.
Dalam aksi final tersebut, JDT terlalu unggul buat Selangor apabila mudah membenam pasukan itu 6-1 sekali gus mencipta sejarah sebagai pasukan pertama memenangi Piala FA tiga kali berturut-turut.
Malah kejayaan itu juga melebarkan penguasaan JDT sebagai pasukan gergasi Malaysia apabila sudah mengumpul 28 piala sejak 2013.
OR