“Kami Tak Dapat Nak Ubah Size & Wajah Kanak-Kanak Kami” – ‘Stuck’ Dicop Pelakon Kanak-Kanak, Sweet Qismina Simpati Nasib Mia Sara

“Kami Tak Dapat Nak Ubah Size & Wajah Kanak-Kanak Kami” – ‘Stuck’ Dicop Pelakon Kanak-Kanak, Sweet Qismina Simpati Nasib Mia Sara

“Kami Tak Dapat Nak Ubah Size & Wajah Kanak-Kanak Kami” – ‘Stuck’ Dicop Pelakon Kanak-Kanak, Sweet Qismina Simpati Nasib Mia Sara


Memahami perasaan dan pengalaman berlakon diusia yang sangat muda, pelakon Sweet Qismina meluahkan rasa simpati terhadap apa yang dilalui pelakon Mia Sara Nasuha menerusi kenyataan yang dikeluarkannya baru-baru ini.

Kata Sweet, industri hiburan seharusnya lebih terbuka untuk memberi peluang dan menerima pelakon-pelakon yang dicop cilik ini untuk melakonkan pelbagai watak.

Jelasnya, saiz dan wajah kanak-kanak yang dimiliki tidak dapat diubah tanpa pengalaman dan peluang.

“That was my exact feeling & it took YEARS to gain people’s trust (Even now).  I hope ramai orang akan cuba terima mereka yang masih we called it “stuck” as a child actor.

“Kami tak dapat nak ubah size dan wajah muda kanak-kanak kami tapi, tanpa experience dan peluang untuk lakonkan pelbagai watak, macam mana nak improve?

“Pengalaman mematangkan kita kan? Kalau boleh bagi rezeki dekat pelakon-pelakon baru dan bagi mereka belajar berlakon kat set, apa salahnya buat yang sama pada mereka yang dah berlakon sejak muda.
percaya dan beri peluang,” katanya.

Tidak habis disitu, Sweet atau nama penuhnya, Farhanna Qismina Supandi, 27, sempat menitipkan pesanan agar pelakon yang memulakan kerjaya mereka dalam industri diusia muda bermula daripada kosong dan sentiasa belajar untuk jadi yang terbaik.

“Yang dah berlakon sejak kecil pula, do start from zero. Jadi padi, belajar dan belajar untuk jadi yang terbaik.

“Jangan rasa kita dah berlakon dari kecik, kita dah cukup masak. No. Lakonan dewasa tak sama dengan time kita kanak-kanak. Been there. Tak senang. Sampai sekarang masih kena belajar.

“Selebihnya, berserah pada Allah. I feel you ©therealmiasara sayang. Semoga Allah buka rezeki untuk awak and the rest,” jelasnya.



Source link

OR

Scroll to Top