“Kami Tak Paksa Dia Jadi Apa-Apa” – Tersentuh Dengar Perkongsian Shila Amzah Mengenai Anak

“Kami Tak Paksa Dia Jadi Apa-Apa” – Tersentuh Dengar Perkongsian Shila Amzah Mengenai Anak


Tidak ramai selebriti memilih untuk berkongsi sisi keibubapaan secara terbuka, namun penyanyi popular Shila Amzah tampil berbeza apabila menceritakan pengalaman membesarkan anak lelakinya yang berada dalam spektrum autisme.

Dalam satu temu bual, Shila berkongsi pendekatan dia dan suami, Ubai MZ yang berusaha membesarkan anak tanpa meletakkan tekanan atau paksaan terhadap hala tuju hidupnya.

Shila berkata, mereka sedar setiap anak berkembang pada kadar dan cara yang berbeza, justeru tidak wajar diletakkan dalam acuan ‘kejayaan’ yang sama.

“Saya and Ubai, kita cuba untuk tak jadi parents yang ‘anak kena jadi doktor, anak kena jadi ni’,” kata Shila.

Tambah pelantun lagu Memori Tercipta itu, keutamaan mereka adalah memastikan anak mampu berdikari dan menjalani kehidupan dengan baik mengikut kemampuan sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Reda Seth Uwais Disahkan Autism Tahap Satu, Shila Amzah & Ubai Teruskan Rawatan Untuk Anak

Dia menekankan bahawa matlamat utama sebagai ibu bapa ialah membantu anak menguruskan diri dengan selesa, terutama anak sulungnya, Seth Uwais, merupakan individu autistik.

“Terutamanya Seth, dia seorang anak autism. Dia boleh settle himself, dia boleh work within dia punya means,” katanya lagi.

@shilaamzahofficial Menjadi ibu adalah salah satu impian sha. I am always inspired by my mom , having to take care of 4 kids at the age of 29 without any helpers. Menjadi ibu ni bukan la perkara yang mudah , ia adalah satu Anugerah tuhan yang dipertanggungjawabkan untuk kita galas sebaiknya dan semampunya. I promised myself to be a physically and mentally healthy mama. Begitu juga janji kita untuk menjaga , mendidik dan membekalkan mereka nutrisi yang penting untuk tumbesaran anak-anak sha. #Fernleafmy #Pilihanbijak #iburatuhatiku @Fernleaf Malaysia ♬ original sound – ShilaAmzah

Shila turut mengakui, dia dan suami belajar untuk menerima setiap proses yang dilalui anak mereka, selain menghargai pencapaian kecil yang mungkin kelihatan biasa pada orang lain, tetapi sangat bermakna buat keluarga mereka.

“Kami dah betul-betul rasa bersyukur, Alhamdulillah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Genap Sebulan, Shila Amzah Kongsi Wajah Rhea Akira – “Fotostat Muka Papa, Tapi Dagu Tetap Milik Mama!”

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Tanda-Tanda Autisme Anak Sejak Umur Setahun Lima Bulan, Shila Amzah Syukur Ubai Mainkan Peranan Sebagai Bapa Dengan Baik

Perkongsian Shila itu mengundang perhatian ramai, khususnya dalam kalangan ibu bapa yang membesarkan anak istimewa dan sering berdepan tekanan sosial serta jangkaan masyarakat.





Source link

OR

Scroll to Top