“Kamu Lahir Dari Kasih Bukan Dari Luka” – Luahan Kakak Umisya Mazlan Buat Ramai Sebak

“Kamu Lahir Dari Kasih Bukan Dari Luka” – Luahan Kakak Umisya Mazlan Buat Ramai Sebak


Dalam situasi kemelut rumah tangga yang hangat diperkatakan melibatkan personaliti media sosial, Umisya Mazlan, satu hantaran penuh emosi yang dimuat naik daripada seorang kakak terhadap anak-anak buahnya ternyata menarik perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di Threads,  kakak kepada Umisya yang dikenali sebagai, Nadiah Mazlan menitipkan kata-kata penuh makna yang sarat dengan kasih sayang dan doa agar anak-anak adiknya itu membesar dengan kefahaman bahawa mereka lahir daripada cinta, bukan daripada perbalahan atau dendam.

“Abang hud, Abang Nuh dan Haya kecil… kamu tak tahu apa yang berlaku. Mama harap bila kamu besar nanti, kamu faham bahawa kamu lahir dari kasih bukan dari luka,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Nadiah  turut menggambarkan ketabahan Umisya dalam melalui fasa kehidupan yang penuh dengan ujian.

Malah, diakhir perkongsian, dia turut menitipkan pesanan bahawa kasih sejati akan kekal apabila berlandaskan keimanan dan reda Ilahi.

“Kamu semua punya Ummi yang sangat kuat. Cuma sekarang Ummi kamu diuji dengan cara yang tak mudah.

“Mama percaya Ummi dan Papa kamu orang yang baik. Kadang kasih diuji bukan sebab salah tapi sebab Allah nak beri sesuatu.

“Dan, bila kasih itu kekal. Ia kekal bukan kerana dunia tapi kerana Allah yang menjaganya,” jelasnya.

Perkongsian itu bagaimanapun menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet  yang turut tersentuh dengan pesanan yang dititipkan buat anak-anak kecil itu sekali gus mendoakan agar Umisya terus kuat menghadapi dugaan serta diberikan ketenangan melalui fasa sukar dalam hidupnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Umisya Mazlan Sudah Berdamai Dengan Takdir, Tiada Masalah Bertemu Dengan Madu

ARTIKEL BERKAITAN:Digelar Bar*a & Tumpang Populariti Madu, Umisya Mazlan Tampil Pertahankan Diri! – “Lidah Manusia Terlalu Kejam”

ARTIKEL BERKAITAN:“Banyak Sebenarnya Boleh Diceritakan Dari A Hingga Z, Tapi Cukuplah Dengan…” – Umisya Mazlan Luah Perasaan

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Faham Kenapa Umisya Dikecam? Kalau Nak, Kecam Saya” – Aslam ‘Backup’ Isteri Pertama



Source link

OR

Scroll to Top