TRENTON- Kanada mengharamkan TikTok daripada melakukan perniagaan di negara itu atas faktor keselamatan nasional.
Anadolu melaporkan, pengumuman dibuat Menteri Inovasi Francois-Philippe Champagne pada Rabu menyebabkan TikTok perlu menutup pejabat mereka di Toronto dan Vancouver.
Bagaimanapun, kerajaan tidak melarang rakyat Kanada menggunakan aplikasi tersebut tetapi Champagne tetap memberi amaran supaya mereka sentiasa berwaspada.
“Kerajaan tidak menghalang rakyat Kanada untuk mengakses aplikasi TikTok atau membuat kandungan.
“Bagaimanapun, penting bagi rakyat Kanada untuk mengamalkan kawalan siber yang bagus serta menilai kemungkinan terdapat risiko dalam penggunaan platform atau aplikasi media sosial, termasuk bagaimana maklumat yang sepatutnya dilindungi diurus atau digunakan atau dikongsi oleh pihak asing,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Champagne, keputusan untuk menghentikan operasi TikTok di Kanada dibuat selepas satu semakan keselamatan yang ketat.
“Keputusan ini dibuat berdasarkan maklumat dan bukti yang telah dikumpulkan sepanjang semakan dilakukan.
“Ia juga dibuat selepas mendapat nasihat daripada pihak keselamatan dan risikan Kanda serta rakan-rakan kerajaan yang lain,” katanya.
Perkhidmatan Risikan Keselamatan Kanada (CSIS) sebelum ini telah memberi amaran kepada rakyat negara itu untuk berhenti menggunakan TikTok. -Agensi
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL