Inglewood, California: Tuan rumah bersama, Kanada muncul pasukan pertama yang melangkah ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia selepas menewaskan Afrika Selatan 1-0 menerusi jaringan pada masa kecederaan, sebentar tadi.
Stephen Eustaquio muncul wira Kanada apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-92 menerusi rembatan dari luar kawasan penalti untuk memastikan pasukannya mara ke pusingan seterusnya.
Sebelum itu, Kanada hampir mendahului pada babak pertama namun percubaan Moise Bombito berjaya dikeluarkan di atas garisan gol.
Kanada akan menentang pemenang perlawanan antara Maghribi dan Belanda pada pusingan 16 terbaik di Houston, Ahad ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd






