Kanada singkir ketua jurulatih bola sepak wanita

Kanada singkir ketua jurulatih bola sepak wanita


JAWATANKUASA Olimpik Kanada (COC) menyingkirkan ketua jurulatih bola sepaknya selepas terlibat dalam skandal mengintip sesi latihan pasukan New Zealand menggunakan dron, lapor AFP.

Bev Priestman digantung serta-merta sehari selepas COC menghantar pulang penolong jurulatih, Jasmine Mender dan penganalisis, Joey Lombardi kerana menerbangkan dron untuk tujuan pengintipan terhadap pasukan lawan di Saint Etienne awal minggu ini.

“Sepanjang tempoh 24 jam lalu, kami mendapat maklumat tambahan mengenai penggunaan dron untuk mengintip pasukan lawan yang berlaku sebelum Paris 2024.

“Bertindak atas pendedahan terbaharu ini, kami memutuskan untuk menggantung ketua jurulatih skuad wanita, Bev Priestman untuk baki Sukan Olimpik sehingga selesai penyiasatan,” kata ketua eksekutif Persatuan Bolasepak Kanada (Canada Soccer), Kevin Blue.

Pada Khamis, Kanada yang merupakan juara bertahan menewaskan New Zealand 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan A yang turut dihuni tuan rumah Perancis dan Colombia.

Priestman tidak mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut selepas kontroversi itu dan dijangka kembali untuk perlawanan kedua menentang menentang Perancis pada Ahad.

Namun, larangan oleh Canada Soccer menyebabkan COC tiada pilihan menyingkirkan Priestman daripada temasya Olimpik.

COC memaklumkan bahawa skuad bola sepak wanita Kanada kini diambil alih pembantu jurulatih, Andy Spence untuk baki Olimpik Paris 2024.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top