September 8, 2024

Kanak-kanak lemas di tasik meninggal dunia

Kanak-kanak lemas di tasik meninggal dunia


KUALA LUMPUR – Kanak-kanak lelaki sembilan tahun yang diselamatkan dalam keadaan tidak sedar diri selepas dikhuatiri lemas dalam Tasik Taman Tasik Teratai Fasa 2 di Serendah, meninggal dunia sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, mangsa yang dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut meninggal dunia sekitar jam 8.55 malam tadi selepas dirawat di zon merah hospital tersebut.

Katanya, polis menerima laporan kejadian tersebut pada jam 6.04 petang tadi.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa telah tergelincir di dalam tasik tersebut. Sejurus kejadian itu, beberapa rakannya telah lari keluar meminta bantuan daripada orang awam di kawasan sekitar untuk menyelamatkan rakannya.

“Pada jam 6.52 petang, mangsa lemas telah berjaya dibawa keluar dengan bantuan daripada orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum pada jam 7 malam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pihak bomba daripada Kuala Kubu Bharu yang bergegas ke lokasi sempat memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa selepas menyedari mangsa masih ada denyutan nadi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Tambah beliau, sekitar jam 7.06 malam, ambulans daripada Klinik Kesihatan Serendah sampai di lokasi dan membawa mangsa ke Hospital Selayang untuk diberikan rawatan lanjut.

“Namun, pada 8.55 malam tadi, kami telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Balai Serendah, Inspektor Hazwan bahawa mangsa lemas yang diselamatkan itu telah disahkan meninggal dunia,” ujarnya.

Kes telah diklasifikasikan sebagai Mati mengejut.

Ahmad Faizal menasihatkan orang ramai yang mahu menjalankan aktiviti-aktiviti air dalam kawasan Hulu Selangor hendaklah sentiasa peka terhadap keselamatan anak-anak semasa berada di pusat rekreasi terutamanya di musim hujan bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini,” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette

Kanak kanak lelaki terjatuh dalam tasik semasa cari lokan



Source link

OR

Scroll to Top