Kanak-kanak, remaja dilapor hanyut dibawa arus

Kanak-kanak, remaja dilapor hanyut dibawa arus

Kanak-kanak, remaja dilapor hanyut dibawa arus


am@hmetro.com.my

Kajang: Seorang kanak-kanak dan remaja lelaki dilaporkan hanyut dibawa arus ketika cuba mengambil bola di dalam longkang di Lorong 1/3A Taman Prima Saujana, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 6.32 petang, dengan mangsa adalah kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan remaja 14 tahun.

“Maklumat daripada pemanggil memaklumkan terdapat dua individu iaitu remaja dan kanak-kanak lelaki sudah hanyut dibawa air semasa mengambil bola di dalam longkang.

“Ketika ini, kerja pencarian sedang dilakukan di kawasan longkang utama,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi membabitkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top