Kane tersisih lawan Spurs

Kane tersisih lawan Spurs


Munich: Harry Kane terpaksa melupakan aksi pramusim Bayern Munich menentang bekas kelabnya Tottenham di Seoul, menurut ketua jurulatih Vincent Kompany.

Kapten England itu berpindah ke Bayern pada musim panas lalu dengan perjanjian bernilai €120 juta (RM612 juta) dan muncul penjaring terbanyak Bundesliga dengan 36 gol.

Bagaimanapun, Bayern berakhir di tangga ketiga dalam carta liga, 18 mata di belakang juara Bayer Leverkusen.

Kane mengalami kecederaan belakang badan menjelang Euro 2024 dan memberi kesan kepada prestasinya. Walaupun menjaringkan tiga jaringan untuk England dalam laluan ke final, dia kurang berbisa di depan gawang lawan.

Bayern berkunjung ke Korea Selatan sebagai sebahagian daripada persiapan mereka menghadapi musim baharu dan akan berdepan Tottenham dalam saingan siri Coupang Player pada 3 Ogos.

“Harry Kane, Alphonso Davies, Dayot Upamecano and Kingsley Coman tidak akan ke sana tetapi kami berharap mereka dapat beraksi pada perlawanan piala pertama,” kata Kompany dalam sidang media semalam.

Namun Kane mempunyai satu lagi peluang menentang bekas kelabnya apabila Bayern berkunjung ke Stadium Tottenham Hotspur pada 10 Ogos.

Pemain berusia 30 tahun itu meninggalkan Tottenham sebagai penjaring terbanyak kelab sepanjang zaman dengan 280 gol dalam semua kejohanan.

Bayern memulakan musim baharu dengan menentang SSV Ulm dalam saingan pusingan pertama Piala DFB pada 16 Ogos.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top