September 8, 2024

Kante beri impak besar kepada Perancis

Kante beri impak besar kepada Perancis


Paderborn: Kepulangan Ngolo Kante ke skuad Perancis untuk Kejohanan Eropah membuatkan rakan sepasukannya teruja dengan impak diberikan pemain tengah itu, yang tidak tampil di pentas antarabangsa sejak dua tahun lalu.

Kecederaan hamstring yang berterusan, pembedahan dan perpindahan ke Arab Saudi menghalang Kante daripada menyertai skuad Perancis selama 24 bulan sebelum dipanggil semula secara mengejut oleh jurulatih, Didier Deschamps menjelang kejohanan di Jerman.

Sejak itu, dia bermain dalam kedua-dua perlawanan pemanas badan menentang Luxembourg dan Kanada.

“Tiada masa untuk main-main dalam sesi latihan lagi. Sebaik sahaja dia bersama pasukan, kami menang.

Dia mengingatkan kami semula dalam tempoh seminggu ini mengapa dia adalah salah seorang pemain tengah terhebat di Eropah,” kata Marcus Thurman.

Sebelum ini, Olivier Giroud dan Benjamin Pavard memperkatakan perkara sama mengenai Kante.

“Dia tidak berubah. Dia adalah pemain sama yang saya kenali selama bertahun-tahun dalam pasukan kebangsaan dan di Chelsea.

“Dia ada di mana-mana. Amat bagus apabila dia bersama kami,” kata Giroud kepada pemberita.

“Dia luar biasa. Semalam (Khamis), saya bersama pasukan. Saya rasa seperti ada dua orang lagi sepertinya. Dia masih orang yang sama, sentiasa tersenyum. Dia masih tidak kehilangan bisanya,” tambah Pavard.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top