Karnival Paling Bergegar, Teruja Tengok Usahawan Wanita Malaysia Berniaga Bawah Satu Bumbung & Healing Sama-Sama! – Hijabista

Karnival Paling Bergegar, Teruja Tengok Usahawan Wanita Malaysia Berniaga Bawah Satu Bumbung & Healing Sama-Sama! – Hijabista

Pejam celik pejam celik, sudah 3 dekad bergelar penyanyi dan terkini, Datuk Nora Ariffin bakal adakan konsert solo Disember ini.

Tiga dekad melayari perjalanan sebagai anak seni dan mempunyai 18 album solo serta kompilasi, Datuk Nora Ariffin boleh dikatakan antara penyanyi popular negara, sebaris nama besar selebriti tempatan yang masih unggul sehingga ke generasi hari ini.

Dalam tempoh yang bukan singkat dalam industri hiburan, seharusnya pelantun lagu hits ramai Renungan Terakhir ini dan Juara Bintang HMI 1991, sudah berpengalaman beraksi dalam konsert solonya sendiri.

Cuma sehingga kini, penyanyi kelahiran Kelantan ini masih belum meraih peluang tersebut akibat kesukaran mendapatkan penaja dan mengakui turut rasa terguris serta hampir berputus asa, apatah lagi tatkala menyaksikan pendatang baharu yang mudah tampil dengan konsert sendiri.

3 Dekad Bergelar Penyanyi, Datuk Nora Ariffin Adakan Konsert Solo Disember Ini
Instagram @itsnoraariffin
3 Dekad Bergelar Penyanyi, Datuk Nora Ariffin Adakan Konsert Solo Disember Ini3 Dekad Bergelar Penyanyi, Datuk Nora Ariffin Adakan Konsert Solo Disember Ini
Instagram @itsnoraariffin

Namun, program Dana Kandungan Kreatif Persembahan Muzik yang ditawarkan oleh Kementerian Komunikasi kembali membuka pintu harapan Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, dengan memberi dia peluang memohon geran bagi membiayai penganjuran konsert solonya.

“Selepas pemergian suami tercinta, Allahyarham Johan Nawawi yang juga komposer pada 2017, saya hampir putus asa untuk mengimpikan sebuah konsert solo kerana hilang tempat bergantung selain beberapa kali kertas kerja berkaitan konsert dikemukakan kepada pihak tertentu ditolak.

Meskipun ada cabaran, Alhamdulillah dikelilingi orang-orang baik dan keyakinan mereka terhadap saya, maka perancangan mengadakan konsert solo pertama dapat direalisasikan menerusi kelulusan geran tersebut. Sekian lama menunggu saat ini, saya pasti akan berikan yang terbaik untuk para peminat saya,” katanya.

3 Dekad Bergelar Penyanyi, Datuk Nora Ariffin Adakan Konsert Solo Disember Ini3 Dekad Bergelar Penyanyi, Datuk Nora Ariffin Adakan Konsert Solo Disember Ini
Instagram @itsnoraariffin

FENOMENA

Sudah 3 dekad bergelar penyanyi dan terkini, Datuk Nora Ariffin bakal adakan konsert solo Disember ini. Ditemui pada sidang media konsert itu baru-baru ini, Nora yang pernah mencatat fenomena menerusi album pertamanya, berjudul Sandiwara yang terjual sebanyak 100,000 unit dan turut mempunyai peminat di Brunei dan Indonesia ini, akan beraksi dengan konsert solo pertamanya pada 18 Disember depan.

Berjudul ‘Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey)’, pastinya konsert itu akan menjadi tumpuan peminat penyanyi kesayangan ramai ini setelah sekian lama menanti untuk menyaksikan persembahan serta kehebatannya beraksi secara langsung, mengalunkan lagu bergenre pop, balada dan R&B.

“Apabila dapat tahu permohonan geran kerajaan diluluskan, ia umpama semangat dan pendorong kuat kepada saya dan pasukan untuk meneruskan perancangan konsert walaupun risau ada kekangan lain selepas ini.

Saya amat menghargai bantuan kerajaan dalam memberi peluang kepada artis-artis seangkatan saya untuk mengadakan konsert solo, sekurang-kurang sekali dalam seumur hidup sebagai anak seni,” kata Nora yang merakam lebih 100 buah lagu sepanjang kariernya dalam industri muzik negara.

Sementara itu, pengurus konsert Alita Aris berkata, pemilihan PJ Pac sebagai lokasi konsert Nora adalah kerana pihaknya menginginkan konsert yang eksklusif buat peminat setia serta penyokong tegar penyanyi itu sejak 30 tahun lepas.

3 Dekad Bergelar Penyanyi, Datuk Nora Ariffin Adakan Konsert Solo Disember Ini3 Dekad Bergelar Penyanyi, Datuk Nora Ariffin Adakan Konsert Solo Disember Ini
Instagram @itsnoraariffin

Katanya, konsert berkenaan juga akan mendapat sentuhan individu berpengalaman yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air seperti Jennifer Thompson sebagai pengarah persembahan dan Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik.

Berdurasi dua jam, Nora akan mengalunkan sebanyak 17 lagu popular dan malar segar daripada 18 albumnya, antaranya, Di Persimpangan Dilema, Naluri (Hadirlah Kekasih), Sandiwara, Menyemai Cinta Bersamamu, Renungan Terakhir, Jentayu dan banyak lagi.
Istimewanya juga, pada konsert ini akan diadakan segmen khas ‘Tribute to Johan Nawawi’ sebagai penghormatan kepada Allahyarham yang menjadi tonggak kejayaan dalam kerjaya Nora sebagai penyanyi.

Tiket konsert boleh didapati di wwww.onetix.com.my pada harga RM108 hingga RM518, dibawa khas oleh syarikat Nora, Johan Nawawi Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Kumpulan MyCreative Ventures.

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/viral-gaya-tudung-bawal-fazura-ke-mahkamah-hijabi-ini-buat-tutorial-mudah-buat/

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

OR

Scroll to Top