“Kau Dah Buat Yang Terbaik Untuk Andre Mikhail, Aku Doakan Allah Peluk Kau”- Azhan Rani Titip Kata Semangat Buat Amyza Aznan

“Kau Dah Buat Yang Terbaik Untuk Andre Mikhail, Aku Doakan Allah Peluk Kau”- Azhan Rani Titip Kata Semangat Buat Amyza Aznan


Pelakon, Azhan Rani tampil menitipkan kata-kata semangat buat rakan seperjuangannya, Amyza Aznan susulan pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail, pada Isnin.

Menurut Azhan, Amyza telah melakukan yang terbaik sebagai seorang ibu meskipun terikat dengan jadual kerja yang padat, selain memuji ketabahan wanita itu dalam menghadapi ujian berat berkenaan.

“Aku tahu ramai sudah cakap tentang sabar, kuat, dan reda. Aku pun tahu kau sendiri lebih tahu jawapannya sebab kau yang berdepan dengan semua ini.

“Dari kita sesi penggambaran sama-sama lagi baru-baru ini aku tahu kau banyak simpan macam-macam yang kau tidak mahu tunjukkan pada orang lain.

“Di sebalik gurau gelak kau yang macam tak ada apa-apa setiap hari di set. Kau sudah buat yang terbaik untuk dia. Selebihnya Allah yang punya kuasa,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam masa sama, pelakon drama Nur itu turut mendoakan agar Amyza dan seluruh ahli keluarganya diberikan kekuatan, selain berharap roh Allahyarham Andre Mikhail ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Apa pun aku cuma doakan saat ini Allah peluk kau, anak-anak dan seluruh ahli keluarga kau. Semoga juga Allah sediakan tempat terbaik untuk Andre Mikhail bersama orang-orang yang beriman.

“Syurgalah tempatnya. Maaf tak dapat nak menziarahmu saat ini kerana masih ada sesi penggambaran di Sarawak. Ada rezeki nanti aku ziarah mu. Moga dimudahkan serta lancar segala urusan,” katanya lagi.

Terdahulu, pada Isnin, Amyza memaklumkan anaknya, Andre Mikhail telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada jam 10.15 malam selepas setahun berjuang melawan kanser paru-paru.

Dan, jenazah Allahyarham juga telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Selangor pada Selasa selepas disembahyangkan di Masjid Al-Khiriah AU3, Keramat.

Difahamkan, kira-kira 300 orang hadir terdiri daripad aahli keluarga, rakan selebriti serta teman rapat bagi memberi penghormatan terkahir buat Allahyarham.

ARTIKEL BERKAITAN:Setahun Lawan Kanser, Suami Amyza Aznan Reda Pemergian Anak Di Bulan Ramadan – “Walau Sakit, Dia Tak Pernah Menyusahkan”

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Ada Lebih Makbul Dari Doa Seorang Ibu” – Isteri Aliff Syukri Simpati Nasib Amyza Aznan & Anak-Anak

ARTIKEL BERKAITAN:“Doktor Minta Kami Bersedia…” – Amyza Aznan Bawa Anak Sulung Pulang Dari Hospital, Hanya Harap Keajaiban

ARTIKEL BERKAITAN:Amyza Aznan Diuji Lagi, Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

ARTIKEL BERKAITAN:Enggan Ulas Isu Kesihatan Anak, Amyza Aznan Syukur Terima Banyak Tawaran



Source link

OR

Scroll to Top