“Kau Jangan Main-Main Dengan Aku” – Farra Inalis Enggan Hidup Bermadu

“Kau Jangan Main-Main Dengan Aku” – Farra Inalis Enggan Hidup Bermadu


Isteri kepada penyanyi rap popular, Caprice, iaitu Farra Inalis mencuri perhatian apabila dia menegaskan tidak akan hidup bermadu atau memilih untuk berpoligami.

Menerusi sepotong video pendek yang dikongsikan di TikTok, ibu anak dua itu kelihatan berang apabila menjawab soalan yang diajukan warganet mengenai hidup bermadu.

Jelasnya, status atau kekayaan tidak harus dijadikan ukuran jika seorang lelaki itu memilih untuk beristeri lebih daripada seorang.

“Kau mampu ke tak mampu ke, tak payah. Kalau aku dengan Datuk ke? Tan Sri ke? tapi mereka kahwin lebih dari satu, bye bye! We go to the next. Kau jangan main-main dengan aku,” katanya.

Dalam hantaran sama, Farra mengakui keadilan dan rasa syukur yang tinggi dalam sesebuah hubungan rumah tangga adalah paling utama.

“Dalam hidup ini, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada.

“Kalau asyik tengok dekat perkara lain, sampai mati pun kau tak akan cukup dengan satu,” kongsinya.

Tidak habis disitu, Farra turut meluahkan kebimbangannya terhadap sikap segelintir lelaki yang suka mengambil kesempatan ke atas wanita, apatah lagi golongan isteri yang menurut kata suami.

“Aku tak suka lelaki ambil kesempatan pada perempuan. Ramai di Malaysia, isteri mendengar kata suami. Bukan salah tapi kadang-kadang  mendera mental dan emosi.

“Hidup ini kena adil. Ramai perempuan sekarang takut dengan lelaki sebab mereka tidak bekerja. Tak boleh jadi baik sangat,” ujarnya.



Source link

OR

Scroll to Top