“Kau Nak Berkawan Dengan Siapa, Nak Surf Tak Nak Pakai Baju Pun Pergi Lah” – Isu Curang, Fuad Kecewa Tom Buka Aib Di Media Sosial

“Kau Nak Berkawan Dengan Siapa, Nak Surf Tak Nak Pakai Baju Pun Pergi Lah” – Isu Curang, Fuad Kecewa Tom Buka Aib Di Media Sosial

“Kau Nak Berkawan Dengan Siapa, Nak Surf Tak Nak Pakai Baju Pun Pergi Lah” – Isu Curang, Fuad Kecewa Tom Buka Aib Di Media Sosial


Penyanyi Fuad Rahman kecewa dengan tindakan isterinya yang juga penyanyi, Tom yang dilihat sengaja menjaja kisah peribadi mereka di sosial media.

Menurut Fuad menerusi komen balas di Facebook, Tom tidak sepatutnya bertindak seperti budak-budak apabila membuka aib di media sosial untuk tontonan umum.

“Aku tak tahulah nak cakap apa dengan kau lagi. Nak selesaikan masalah bukan dekat media sosial, kasi semua orang tahu. Kenapa buka aib sendiri? Kita ni public figure, ada anak, ada Anggun yang baru masuk 2 tahun. Tinggal sudah jauh-jauh boleh tak istighfar banyak-banyak,” katanya.

Tidak habis disitu, Fuad menegaskan dia tidak akan berlaku curang atau mencari pengganti isterinya sepertimana yang digembar-gemburkan Tom sebelum ini.

Malah, sebagai seorang suami, dia sedar akan status dirinya yang sebelum ini pernah menjadi penagih dadah sehinggakan nasihat yang keluar dari mulutnya tidak diendahkan isterinya.

“Sama-sama lah kita ya untuk cari lain. Tapi itu bukan saya, Insyaa-Allah. Tapi untuk awak saya rasa ramai yangs edang menunggu. Jadi, aku dah tak payah mesej atau call orang yang ganggu kau.

“Sekarang kau nak berkawan dengan siapa pergi lah. Nak surf tak naka pakai baju pun pergi lah. Buat lah apa yang kau rasakan terbaik untuk diri kau.

“Aku sedar, aku penagih, kelaur masuk penjara banyak kali. Jadi bila suami nasihat kau marah. Kau fikir perasaan kau sahaja tapi tidak suami kau,” katanya lagi.

Terdahulu, pada Jumaat, Tom menyorot perhatian ramai apabila memuat naik status di akaun Facebook miliknya mendedahkan mereka bakal bercerai.

Dalam perkongsian berkenaan, Tom mengaku berlaku curang dengan dua lelaki sekali gus meminta agar Fuad tidak mencarinya lagi.

 



Source link

OR

Scroll to Top