Pelakon dan usahawan, Fizo Omar menegur tindakan segelintir netizen yang memberikan ‘rating’ satu bintang terhadap restoran milik pempengaruh terkenal, Khairul Aming, meskipun premis itu masih belum beroperasi sepenuhnya.
Menerusi hantaran di Threads, Fizo menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak wajar serta boleh menjejaskan reputasi perniagaan orang lain.
“Kau orang kan kalau tak ada benda baik nak buat baik duduk diam.
“Kau orang sedar tak yang korang pergi rate kedai satu star sedangkan kedai tu belum buka lagi. Ape ke teruk perangai,” tegurnya.


Terdahulu, pempengaruh media sosial Khairul Aming mencuri perhatian masyarakat selepas mengumumkan pembukaan restoran pertama miliknya yang diberi nama, Rembayung.
Dengan menelan belanja sebanayk RM4 juta, Aming membina bangunan tersebut di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki yang terletak di Kampung Baru sekali gus ini adalah pelaburan terbesar nya sejak berkecimpung dalam dunia perniagaan atas talian selama hampir satu dekad.
ARTIKEL BERKAITAN:PU Amin Dilabel FOMO Gara-Gara ‘Angkat’ Restoran Khairul Aming, Ini Respons Empunya Badan – “Kita Tumpang Bangga!”





