KBS kekal penganjur LTdL untuk tempoh tiga tahun

KBS kekal penganjur LTdL untuk tempoh tiga tahun


LTdL 2026 dijadual berlangsung dari 27 September hingga 4 Oktober depan.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) kekal sebagai penganjur perlumbaan berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 yang dijadual berlangsung dari 27 September hingga 4 Oktober depan.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, KBS telah memperoleh kelulusan Jemaah Menteri untuk menjadi penganjur bagi tempoh tiga tahun bermula tahun ini.

“Saya telah mengangkat kertas Jemaah Menteri pada 8 April supaya LTdL ini diletakkan di bawah KBS sebagai peneraju program dan kita juga telahpun mendapat pengiktirafan secara global antara penganjur terbaik dunia oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI),” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dijangka mengambil alih penganjuran perlumbaan berprestij LTdL 2026, menggantikan Majlis Sukan Negara (MSN) yang mengendalikannya sejak tiga tahun lepas.

Sementara itu, Dr Mohammed Taufiq berkata KBS bersama MSN optimis dengan kepakaran dalam bidang penganjuran, laluan dan pengalaman yang dimiliki dalam penganjuran sebelum ini.

Beliau berkata penganjuran tahun ini juga akan melibatkan kerjasama rentas kementerian khususnya MOTAC.

Menurut beliau, LTdL 2026 akan melibatkan kos RM12 juta yang dimohon menerusi Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) tidak termasuk penaja.

“Untuk tahun ini kos sebanyak RM12 juta digunakan daripada dana KWASN dan usaha kita untuk mendapatkan lebih banyak lagi tajaan bagi menjayakan penganjuran LTDL 2026,” katanya.-Bernama



Source link

OR

Scroll to Top