KBZR barakan pembangunan akar umbi bola sepak

KBZR barakan pembangunan akar umbi bola sepak


KERANCAKAN pembangunan akar umbi terus dibarakan dengan Kem Bolasepak Train Like A Pro 2025 di Padang 3K Subang Jaya dan Hotel Tanjong Subang dari 9 hingga 11 Februari.

Setiausaha Kelab Bola Sepak Zon Revolusi (KBZR), Md Norzalizan Mahamad berkata, Kem Bolasepak Train Like A Pro 2025 berjaya menarik penyertaan 23 peserta.

“ Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam dan melibatkan penyertaan seramai 23 peserta.20 peserta lelaki dan tiga peserta perempuan berusia 13 hingga 17 tahun dari pelbagai kelab dan akademi bola sepak di seluruh negara.

Konsep bengkel juga membolehkan peserta berlatih berkomunikasi secara efektif.

“Kem ini dikendalikan tujuh jurulatih berpengalaman, diketuai Coach Zaidi, Coach Azizan, Coach Azmeer, Coach Azhar, Coach Azhar Dol, Coach Faraliana, dan Coach Apexx yang membimbing dan melatih peserta daripada tahap asas hingga ke tahap lanjutan.

“Selain itu, peserta-peserta juga mendapat peluang untuk mendengar sesi ceramah daripada pakar-pakar dalam bidang bola sepak. Matlamat program bertujuan mendidik pemain tentang cara menjadi pemain bola sepak yang lebih baik.

Sesi ceramah pakar bola sepak juga memberikan perspektif baru kepada peserta.

Sesi ceramah pakar bola sepak juga memberikan perspektif baru kepada peserta.

“Memberikan pengalaman dalam persekitaran latihan profesional. Melatih dan meningkatkan kemahiran dari prinsip latihan asas hingga tahap lanjutan dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pemain, ibu bapa, jurulatih, dan masyarakat,” katanya pada Selasa.

Program usahasama antara KBZR bersama dua entiti korporat, Asiana.my dan Standard Fumigation.

Peserta diberikan latihan di padang secara praktikal.

Peserta diberikan latihan di padang secara praktikal.

Sementara itu, ketua jurulatih KBZR, Noor Zaidi Rohmat mengakui bangga dengan komitmen komitmen peserta Kem Bolasepak Train Like A Pro 2025.

“Dalam masa tiga hari ini, kami melihat mereka menunjukkan sikap ingin tahu yang baik, dari segi asas kemahiran teknikal dan pemahaman taktikal permainan.

“Peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang diberikan ilmu serta pendedahan awal bola sepak. Asas menyerang (attacking), bertahan (defending) dan transisi (transition) dalam bola sepak diberi penekanan.


Peserta dan penganjur selepas Kem Bolasepak Train Like A Pro 2025.

Peserta dan penganjur selepas Kem Bolasepak Train Like A Pro 2025.

“Melalui sesi latihan dalam kelompok kecil, setiap peserta diberikan perhatian yang lebih mendalam, membolehkan mereka meningkatkan kemahiran individu serta kerjasama dalam pasukan,” katanya.

Selain itu kata Noor Zaidi, sesi ceramah yang dilakukan pakar-pakar bola sepak juga memberikan perspektif baru kepada peserta mengenai aspek mental dan disiplin yang diperlukan dalam sukan ini.

“Kami percaya bahawa aspek tersebut adalah kunci kepada kejayaan dalam bola sepak, bukan hanya di padang tetapi juga dalam kehidupan seharian.

“Kami juga berbangga dengan sokongan individu dan pihak swasta, dapat memberikan tajaan kepada tujuh peserta yang layak.

“Ini adalah langkah positif dalam memastikan peluang yang sama dapat dinikmati oleh semua, terutamanya mereka yang kurang berkemampuan. Melihat kebahagiaan dan semangat di wajah mereka, saya yakin bahawa setiap peserta akan membawa pengalaman dan pembelajaran ini kembali ke kelab dan komuniti mereka,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top