KDA FC teruskan momentum kemenangan

KDA FC teruskan momentum kemenangan



sukan@hmetro.com.my

Alor Setar : Kedah Darul Aman (KDA) FC menepati ramalan apabila mudah melakar kemenangan ke atas Kelantan Darul Naim (KDN FC) 3-0 pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Kemenangan itu juga meneruskan momentum Sang Kenari selepas berjaya mengutip tiga mata menerusi kemenangan 1-0 menentang Penang FC pada 22 Jun lalu dan juga meletakkan kedudukan pada carta di tangga ke-5 sebaik tamat perlawanan pada malam ini.

Tuan rumah terlebih mengatur gerakan ke kubu KDN FC melalui percubaan tandukan seawal minit ke-3 oleh pemain pertahanan Jose Cleylton dan disusuli dengan tandukan oleh penyerang Syafiq Ahmad Ahmad, namun kedua-dua percubaan tidak berjaya menerjah ke gol lawan.

KDA FC terus menekan kubu skuad Kijang Emas dan akhirnya gol awal terhasil pada minit ke-7 dengan gerakan dan percubaan dengan gerakan cantik oleh pemain bek kanan Rizal Ghazali.

KDN FC cuba bangkit dengan serangan yang digerakkan oleh pemain import Valdumar Augusto dan Kyeonghwan Bae pada minit ke-13 yang mengucar-kacirkan bentang Kedah namun pengadil mengesahkan kedudukan mereka ofsaid terlebih dahulu

KDA FC meneruskan usaha serangan melalui percubaan Syafiq pada minit ke-29 tetapi sepakannya sedikit tersasar di atas palang gol KDN FC.

Usaha melalui serangan balas yang dilakukan Kelantan melalui pemain import Korea Selatan Kyeonghwan Bae dan pemain dari Palestin Oday Ali Abdalrahim bagaimanapun gagal menggugat kubu KDA FC dalam usaha mencari gol buat skuad Kijang Emas hingga ke hujung babak pertama.

Ketajaman yang ada pada Syafiq jelas terserlah apabila meledak gol kedua Sang Kenari pada minit ke-57 melalui rembatan cantik sekali gus menewaskan penjaga gol lawan.

Stadium Darul Aman terus bergema apabila Sang Kenari menambah koleksi gol melalui jaringan ketiga pada minit ke-72 melalui sentuhan pemain sayap Sony Norde yang selepas mendapat hantaran dari penyerang Milos Gordic dalam kotak penalti Kelantan.

Kedudukan tiga gol yang dihasilkan Kedah tanpa balas itu kekal hingga ke hujung babak kedua.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top