KDN FC tumbang di Kota Bharu

KDN FC tumbang di Kota Bharu


Kota Bharu: Pemain gantian Nasrullah Haniff Johan menebus kesilapan menjaringkan gol sendiri dengan meledak gol kemenangan pada masa kecederaan untuk membantu Negeri Sembilan FC (NSFC) menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 2-1.

Pada pertembungan dua pasukan tercorot Liga Super di Stadium Sultan Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu itu, pelawat terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan pemain import dari Jepun Takumi Sasaki pada minit ke-42.

Bagaimanapun, tuan rumah menyamakan kedudukan hasil gol sendiri Nasrullah pada minit ke-77 sebelum dia menebusnya dengan meledak gol kemenangan.

Kemenangan keempat liga menyaksikan skuad Rusa berada di tangga ke-12 liga dengan 16 mata manakala KDN kekal di kedudukan ke-13 dan tercorot liga menerusi tujuh mata.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top