July 27, 2024

Keadilan mengatasi hubungan bapa dan anak

Keadilan mengatasi hubungan bapa dan anak


Foto hiasan.
– Advertisement –

Keadilan Islam dalam lipatan sejarah (Siri 97)

Muhammad bin Saad menceritakan daripada Aamir As-Syaabi: Anak Syuraih berkata kepada bapanya: “Aku ada kes antaraku dan satu kaum. Tolong lihat jika kes itu berpihak kepadaku, aku akan bawa kes itu. Jika aku tak berhak dalam kes itu, aku abaikan”.

Beliau menceritakan kesnya kepada bapanya.

Bapanya berkata: Jom berangkat. Bawa kes itu.

Beliau pergi kepada kaum itu. Kes dirujuk kepada Syuraih. Beliau menjatuhkan hukuman yang tidak berpihak kepada anaknya.

– Advertisement –

Apabila pulang ke rumah, anak Syuraih berkata kepadanya: “Demi Allah! Kalaulah aku tidak kemukakan kes ini kepadamu, tentu aku tidak mencelamu”.

Syuraih menjawab: “Demi Allah! Wahai anakku. Sesungguhnya aku mengasihimu lebih dari seluruh ini bumi ini lagi. Namun, aku lebih memuliakan Allah darimu. Aku bimbang mahu beritahumu bahawa hukuman itu nanti tidak berpihak kepadamu. Justeru, engkau boleh berkompromi dengan mereka dengan sebahagian hak mereka”. (Al-Bayan al-Fasil bainal-haq wal-batil, Ali Fikri halaman 174)

Dari kisah singkat di atas, kita dapat memetik beberapa pengajaran:

1. Syuraih bukan sahaja seorang hakim yang bijaksana, bahkan bersifat warak dan berusaha menegakkan keadilan dengan erti kata yang sebenar. Cuba kenali siapa itu Syuraih.

2. Syuraih lebih takutkan Allah daripada yang lain. Beliau kasihkan Allah mengatasi kasihkan kepada anaknya sendiri. Beliau sendiri mengungkapkan bahawa kasihnya kepada anaknya itu memenuhi isi bumi. Namun, kasihkan Allah dengan makna taatkan Allah dalam menegakkan keadilan mengatasi kasihkan anak sendiri.

3. Syuraih juga tidak beritahu lebih awal kepada anaknya bahawa hukuman kes itu tidak berpihak kepada anaknya supaya anaknya tidak mengambil kesempatan berkompromi dengan pihak lawannya lalu mengambil hak kaum itu.

4. Para hakim di mahkamah syariah dan sivil di zaman dan tempat kita ini perlu belajar daripada Syuraih dan sifatnya ini dalam menegakkan keadilan. Jika bimbang berlaku bias, berpihak kepada kaum keluarga dengan cara yang salah, mementingkan keluarga dari menegakkan keadilan, maka serahlah urusan penghakiman itu kepada hakim lain yang berlaku adil. – HARAKAHDAILY 8/5/2024

Penulis adalah Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu.

– Advertisement –



Source link

OR

Scroll to Top