'Kebaikan Dalam Setiap Pesanan' angkat kisah inspirasi Rakan Grab

'Kebaikan Dalam Setiap Pesanan' angkat kisah inspirasi Rakan Grab


SETIAP tahun, sambutan Ramadan dan Aidilfitri akan turut diserikan dengan kehadiran iklan mahupun filem pendek yang pastinya menyentuh hati penonton.

Tahun ini, syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran terkemuka, Grab Malaysia turut tidak terkecuali dalam membawakan siri filem pendek khas dengan tajuk ‘Kebaikan Dalam Setiap Pesanan’.

Menampilkan kisah-kisah benar yang pasti menyentuh hati penonton, inisiatif ini bertujuan meraikan rasa syukur dalam setiap perjalanan dan penghantaran, selaras dengan semangat Ramadan Raya yang dibawa Grab Malaysia.

Diilhamkan daripada kisah benar

Tahun ini, Grab Malaysia mengambil pendekatan berkongsi kisah-kisah benar daripada rakan pemandu dan rakan penghantar yang memperlihatkan bagaimana perbuatan baik, walaupun kecil, dapat memberi impak besar kepada komuniti mereka sebagai usaha menyebarkan nilai-nilai positif.

Naratif yang dipaparkan menampilkan semangat Ramadan Raya yang dibawa oleh Grab Malaysia serta memperkukuh hubungan kemasyarakatan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo berkata bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri adalah masa untuk bermuhasabah, berbudi dan bersatu.

“Melalui filem pendek ‘Kebaikan Dalam Setiap Pesanan’, kami ingin menonjolkan kebaikan yang dirasai komuniti kami serta menghargai dedikasi yang ditunjukkan oleh rakan pemandu dan rakan penghantar,” katanya.

Umrah Bersama Rakan Grab

Bagi melengkapkan lagi inisiatif ini, Grab Malaysia turut membawakan kempen Umrah Bersama Rakan Grab, yang memberi peluang kepada rakan pemandu dan rakan penghantar untuk memenangi pakej umrah dengan cara berkongsi kisah inspirasi mereka.

Ia adalah sebahagian daripada usaha Grab Malaysia dalam menghargai jasa dan ketekunan rakan penghantar mereka.

Salah seorang pemenang tahun lalu, Nor Fadzliana, meluahkan rasa syukur di atas peluang yang diberikan. 

“Melihat Kaabah dengan mata sendiri adalah satu pengalaman yang sukar digambarkan.”

“Ia adalah impian yang menjadi kenyataan, lebih-lebih lagi kerana saya dapat berkongsi perjalanan ibadah ke tanah suci ini bersama ibu saya,” katanya.

Seorang lagi pemenang, Muhammad Faizal, turut berkongsi pengalaman bermakna apabila dapat menunaikan Umrah bersama isterinya.

“Perjalanan ini bukan sekadar ibadah, tetapi juga satu anugerah yang memperkukuh keimanan serta ikatan keluarga kami.”

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Grab Malaysia kerana merealisasikan impian ini,” katanya.

Melalui inisiatif seperti ini, Grab Malaysia berharap agar dapat terus meyakinkan rakyat Malaysia bahawa setiap kebaikan yang dilakukan mampu meninggalkan impak yang sangat besar terutama di musim perayaan.Bagi menonton kisah-kisah penuh inspirasi daripada rakan penghantar, layari laman Youtube Grab Malaysia.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top