Kebajikan rakyat Perlis jadi keutamaan Abu Bakar

Kebajikan rakyat Perlis jadi keutamaan Abu Bakar


KANGAR: Kebajikan dan kesejahteraan rakyat Perlis terus menjadi keutamaan Abu Bakar Hamzah sebagai Menteri Besar.

Malah, kira-kira dua bulan mentadbir negeri, Abu Bakar aktif melaksanakan pelbagai inisiatif selain terus menjalinkan kerjasama erat dengan kerajaan Pusat demi kebajikan rakyat.

Salah satu program kebajikan dilaksanakan yang memberi impak atau kesan cukup sinifikan kepada rakyat adalah seperti mengimarahkan Ramadan dengan penyampaian sumbangan kepada penerima di 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis.

Program imarah Ramadan yang bermula dari 27 Februari hingga 15 Mac itu memberi manfaat kepada 3,000 hingga 5,000 penerima.

Abu Bakar berkata, dalam tempoh 100 hari pertama sebagai Menteri Besar, beliau akan berusaha membawa era baharu kepada perubahan corak kepemimpinan bagi menjadikan Perlis sebagai negeri berkebajikan.

Beliau juga telah mengunjungi kementerian-kementerian termasuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan perhatian kerajaan untuk kepentingan rakyat.

“Insya-Allah hasilnya akan ada sedikit sumbangan atau duit raya kepada rakyat Perlis. Jika 1,000 penerima bagi satu DUN, keseluruhan 15 DUN akan menyaksikan 15,000 penerima mendapat duit raya sempena Aidilfitri tahun ini.

“Selain itu, fokus 100 hari sebagai Menteri Besar adalah seperti melihat potensi pembangunan seperti pelaksanaan hotel atau kilang-kilang termasuk perumahan mampu milik.

“Kita juga sudah membuat permohonan kepada Perdana Menteri untuk melaksanakan sebanyak 2,000 unit rumah mampu milik,” katanya.

Abu Bakar berkata, antara perubahan besar dilaksanakan dalam pentadbiran beliau adalah dengan memperkenalkan konsep 3B iaitu bangkit, bingkas dan buat.

“Konsep berkenaan jika sebelum ini sesuatu masalah atau permohonan memakan masa antara dua minggu, kita akan selesaikan dalam tempoh tiga atau selewat-lewatnya lima hari.

“Sistem kerajaan ini kena cepat, dengan paling lewat lima hari kita selesaikan masalah rakyat.
Fokus kebajikan rakyat ini akan terus diberi keutamaan,” katanya.-UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top