Kebangkitan epik skuad kuadran negara tundukkan Vietnam, tempah tiket final bertemu India

Kebangkitan epik skuad kuadran negara tundukkan Vietnam, tempah tiket final bertemu India


Malaysia mara ke final acara kuadran selepas menewaskan Vietnam.

MALAYSIA mencipta kebangkitan dramatik penuh mendebarkan apabila bangkit daripada ketinggalan pada set penentuan sebelum menewaskan Vietnam 2-1 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

Skuad kuadran negara yang turun selaku juara bertahan bermula garang apabila menguasai set pertama dengan aksi kemas dan bertenaga untuk menang 15-10.

Bagaimanapun, Vietnam tidak mudah mengalah apabila bangkit pada set kedua menerusi permainan lebih agresif dan pantas untuk mengikat kedudukan selepas menang 15-12.

Set ketiga menyaksikan debaran memuncak apabila Malaysia dilihat berada di ambang kekalahan selepas ketinggalan 8-12 kepada Vietnam.

Namun ketika tekanan semakin memuncak, pemain negara mempamerkan semangat juang luar biasa dengan meraih mata demi mata menerusi aksi penuh disiplin dan keberanian.

Sorakan padu penyokong di Stadium Titiwangsa turut menyemarakkan kebangkitan skuad negara sebelum Malaysia akhirnya melengkapkan comeback epik dengan kemenangan dramatik 17-14 untuk mengesahkan tiket ke final.

Kemenangan penuh emosional itu menyaksikan Malaysia kini hanya selangkah untuk mempertahankan kejuaraan dunia.

Menanti Malaysia di pentas final malam ini ialah India yang turut mempamerkan aksi meyakinkan apabila menewaskan Myanmar 15-8, 17-14 dan 15-9 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Artikel Disyorkan



Source link

OR

Scroll to Top