June 14, 2024

Kecantikkan Semulajadi Wardina Saffiyah Raih Pujian Warganet! Cantik Macam Zaman ‘Spanar Jaya’ Dulu – Hijabista

Anda penggemar tegar kuih bakar tradisional yang mempunyai rasa lemak manis, ditambah dengan keharuman ekstrak pandan serta garing diluar, lembut dan gebu di dalam.

Pernah tak sis rasa risau, bila selalu sangat makan kuih bakar untuk tea time, nanti bertambah berat badan, sebab kalori yang ada dalam sebiji kuih bakar ni agak tinggi juga tau. Jadi Hijabista cadangkan sis cuba masak kuih bakar kegemaran sis gunakan teknik moden yang lebih sihat ni!

Kuih Bakar Cara Moden

@aelyjamaluddin Kuih Bakar AirFryer jer. #myfoodie #kongsiresepi #kuihlegend #kuihbakarpandan ♬ Bloom (Bonus Track) – The Paper Kites

Sumber Video: TikTok Im Not A Chef

Sebenarnya mudah je nak buat kuih bakar cara moden ni sis! Tak perlu ‘Get Your Hands Dirty’ cuma perlu gunakan peralatan memasak yang canggih dan menjadi idaman setiap suri rumah tangga seantero dunia iaitu Air Fryer. Dah lah mudah, masa memasak kuih bakar pun lebih singkat tau! Di bawah ini, Hijabista kongsikan resipi untuk sis cuba buat kuih bakar moden ni sendiri di rumah masing-masing.

Resipi Kuih Bakar ‘Air Fryer’

Artikel berkaitan: Resipi Kentang Bakar Berempah Guna Air Fryer, Alternatif Masak Tanpa Guna Banyak Minyak

Bahan-bahan:

1 cawan air daun pandan

2 cawan santan pekat atau 1 kotak kecil

2 cawan tepung gandum

1 cawan gula

2 biji telur

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu kecil pewarna hijau

Cara Memasak:

1.Kisar semua bahan tadi sehingga sebati. Masukkan dalam loyang.

2.Bancuhan ini boleh menghasilkan dua biji kuih bakar. Bahagi bancuhan kepada dua bahagian dan bakar ia secara berasingan.

3.Masukkan ke dalam Air Fryer dan bakar dengan suhu 170 celcius selama lebih kurang 45 minit.

  1. Tunggu sehingga betul-betul sejuk barulah dipotong. Enak dinikmati ketika masih panas.

Sumber Resipi: Meta Raisah Rashid

Mudah Disediakan & Lebih Sihat!

Sumber Gambar: Sinar Harian Plus

Selain memudahkan penyediaan, kuih bakar Air Fryer ini juga mesra diet dan rendah kalori tau sebab peralatan memasak yang canggih dan moden ni, membolehkan para hijabi semua memasak pelbagai jenis hidangan makanan dengan penggunaan minyak yang sedikit. Contohnya, jika sis nak masak ayam, daging dan ikan pun disarankan untuk menggunakan Air Fryer ni terutamanya untuk mereka yang sangat menjaga pemakanan dan mementingkan gaya hidup sihat.

Malah, yang lebih menarik lagi apabila Air Fryer ni cukup mudah untuk dibersihkan, jadi tak perlu pening-pening kalau sis tak suka basuh peralatan memasak yang berkerak tebal lepas digunakkan. Air Fryer tidak meninggalkan kerak tebal dan amat mudah untuk dicuci serta didatangkan khas bersama dulang mudah tanggal.

Dah tau cara nak masak Kuih Bakar moden kan? Lepas ni boleh lah sis nikmati Kuih Bakar Air Fryer bila-bila masa je, dah la senang nak buat dan yang paling penting lebih sihat!

Artikel berkaitan: Nak Beli Air Fryer Sebab Minyak Masak Naik Harga? Baca Dulu Fakta Ahli Kimia Ini Kongsi

Sumber: TikTok Im Not A Chef, Meta Raisah Rashid & Sinar Harian Plus

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

OR

Scroll to Top