Kecederaan Haaland beri tamparan buat City

Kecederaan Haaland beri tamparan buat City


London: Manchester City menerima tamparan hebat apabila penjaring terbanyak mereka, Erling Haaland, dijangka akan berehat seketika selepas mengalami kecederaan buku lali ketika musim ini semakin hampir ke kemuncaknya.

Pemain Norway berusia 24 tahun itu cedera dalam kemenangan 2-1 di suku akhir Piala FA ke atas Bournemouth Ahad lalu .

Selepas menjaringkan gol ke-30 musim ini untuk menyamakan kedudukan, dia kemudian cedera ketika pemain tengah Bournemouth, Lewis Cook cuba menghalang pergerakannya.

Juara Liga Perdana (EPL) itu tidak memberikan sebarang jangkaan masa untuk kepulangan pemain itu.

“Jangkaan adalah Erling akan pulih tepat pada masanya untuk menyertai baki musim ini, termasuk Piala Kelab Dunia Fifa musim panas ini.

“Erling menjalani ujian awal di Manchester dan kini akan mendapatkan rundingan pakar untuk mengesahkan tahap kecederaan sepenuhnya.

“Penilaian masih dijalankan untuk memastikan tahap kecederaan,” kata kenyataan kelab.

City kini berada di tempat kelima dalam EPL dan sedang berusaha untuk memastikan tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Pasukan Pep Guardiola akan menghadapi perlawanan menentang Leicester dan Manchester United minggu ini.

Selepas itu, mereka akan menerima kunjungan Crystal Palace dan berkunjung ke Everton sebelum separuh akhir Piala FA menentang Nottingham Forest di Wembley pada 26 April.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top