Pelakon Kamal Adli memberikan pesanan kepada netizen agar tidak menghukum mana-mana pihak berkenaan isu tular di media sosial.
Menerusi hantaran di Threads, Kamal mengingatkan kepada netizen yang membaca untuk mengharmonikan suasana serta tidak mengeruhkan lagi keadaan.
BACA: “Terima Kasih Uqasha” – Kamal Adli Gembira Dapat Lepas Rindu Jumpa Hawra

“Salam Subuh semua rakyat. Kecoh di Threads ya. Ingat, kita hanya baca dan jangan ‘judge’ sebab itu masalah mereka. Ingat kita hanya baca dan jangan ‘judge’ sebab itu masalah mereka,” tulisnya.
Tambah Kamal lagi, lebih baik kita mendoakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak dan tidak terikut-ikut dengan perkara hangat yang diperkatakan.
“Kita kena harmonikan suasana thread ini biar aman. Allah sayang kalau kita tenang. Lagi pun korang semua comel kan? Doa yang baik baik je,” tulisnya.






