Kedai Kain KA Mohamed Shariff hangus terbakar

Kedai Kain KA Mohamed Shariff hangus terbakar


KUANTAN – Kedai Kain KA Mohamed Shariff di Jalan Besar Kuantan di sini hangus terbakar petang tadi.

Menurut bomba, premis yang menjual karpet, kedai runcit dan penukaran mata wang asing itu terbakar kira-kira pukul 4.44 petang.

Semasa kejadian terdapat seramai 13 pekerja di dalamnya dan disedari apabila terdengar bunyi letupan di bahagian setor penyimpanan karpet sebelum api merebak.

Bagaimanapun kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Premis yang telah diusahakan sejak tahun 1926 diperbuat dari kayu sepenuhnya dan faktor angin kuat ketika kejadian menyukarkan pihak bomba untuk memadamkan kebakaran.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7 malam dan anggaran kerugian dan punc kebakaran masih belum dapat dipastikan. – MalaysiaGazette

 





Source link

OR

Scroll to Top