Kedai saji kokain bersama piza diserbu

Kedai saji kokain bersama piza diserbu


BERLIN – Polis menyerbu sebuah kedai piza yang didakwa menyajikan dadah kokain sebagai tambahan apabila memesan item nombor 40 di dalam menu tersebut.

Polis mendapat tahu tentang restoran berkenaan sejak bulan Mac lalu selepas mendapat maklumat daripada pemeriksa makanan mengenai kegiatan haram tersebut.

“Hasil siasatan dibuat mendapati kedai piza berkenaan terlibat dalam satu sindiket dadah yang lebih besar.

“Pengurus kedai piza berusia 36 tahun berjaya ditahan dalam serbuan yang dibuat di pangsapurinya.

“Suspek cuba melarikan diri selepas melemparkan beg berisi dadah keluar dari tingkap sebelum jatuh tepat ke tangan pegawai polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasil serbuan di pangsapuri berkenaan menemui 1.6 kilogram kokain, 400 gram ganja, dan wang tunai bernilai 268,000 euro (RM1,226,500).

Pengurus restoran berkenaan telah dibebaskan beberapa hari selepas serbuan, dan dia kembali membuka semula perniagannya dan masih menjual kombinasi piza dan kokain tersebut.

Tindakan itu membuka peluang kepada pihak polis untuk menyiasat lebih lanjut mengenai rangkaian bekalan dadah yang terlibat.

Beberapa minggu kemudian, serbuan besar-besaran telah dilakukan yang melibatkan 150 pegawai polis di dua ladang ganja yang beroperasi di kawasan Monchengladbach dan Solingen.

“Serbuan itu menemui lebih 360 pokok ganja serta menahan tiga suspek termasuk seorang lelaki berusia 22 tahun yang disyaki menjadi ketua operasi berkenaan.

“Selain dadah, polis turut merampas senjata, wang tunai, dan jam tangan mewah,” ujarnya.

Pengurus kedai pizza itu akhirnya ditahan semula ketika cuba meninggalkan negara dan kini dalam tahanan. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top