Kegagalan Al-Nassr bukan salah Ronaldo

Kegagalan Al-Nassr bukan salah Ronaldo


PENGENDALI Algeria, Noureddine Zekri menyifatkan kegagalan Al-Nassr merangkul sebarang kejuaraan musim lalu berpunca daripada tindakan kelab itu yang tidak membawa masuk pemain yang mampu menyokong Cristiano Ronaldo.

Menurut Zekri, meskipun Ronaldo berjaya menamatkan saingan Saudi Pro League sebagai penjaring terbanyak musim lalu dengan 35 gol, bintang Portugal itu tidak menerima sokongan secukupnya daripada rakan sepasukan.

“Cristiano Ronaldo seorang penjaring yang hebat, dia masih mampu menyudahkan peluang dengan mudah walaupun sudah berusia 40 tahun.

“Tapi dia bukan lagi pemain muda berusia 25 tahun. Kita tidak boleh harapkan dia bertahan. Sistem pasukan perlu dibina di sekelilingnya dengan sokongan pemain sayap serta barisan tengah yang kuat.

“Dia perlukan bantuan, bukan disuruh buat semuanya sendiri. Malangnya, Al-Nassr tidak menyediakan persekitaran sebegitu,” katanya.

Zekri turut mempersoalkan keputusan Al-Nassr menandatangani seorang lagi penyerang, Jhon Duran yang disifatkannya menimbulkan krisis di bahagian serangan kerana peranannya bertindih dengan Ronaldo.

“Duran pemain yang bagus, tapi sukar untuk dia menyerlah bila bermain di samping Ronaldo.

“Kalau Al-Nassr benar-benar membina pasukan mengikut logik ini saya percaya mereka sudah menang kejuaraan,” ujarnya.



Source link

OR

Scroll to Top