Keith Foo Suka Tengok Riena Diana Bertudung

Keith Foo Suka Tengok Riena Diana Bertudung


Umum mengetahui, pelakon Keith Foo kini menjalin hubungan istimewa dengan aktress Riena Diana sejak tahun lalu dan terbuka berkongsikan momen manis mereka.

Memetik mStar Online, Riena berkata kekasihnya itu suka melihat dirinya bertudung dan Keith kini sedang belajar mengenai Islam.

BACA: Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo

Menurut Riena lagi, kekasihnya juga sering bertanyakan soalan berkenaan agama kepadanya namun dia menyedari ilmu yang dimiliki masih cetek dan mahu menambah ilmu agama. 

“Dulu semasa sekolah, ada belajar tapi tak fokus. Jadi bila dia tanya tu, saya takut nak jawab. Dia rajin membaca, bila tak tahu dia akan tanya.

“Kadang-kadang saya ChatGPT, dan juga cari jawapan dekat TikTok. Barulah boleh jelaskan dekat dia.

“Jadi saya rasa kena masuk kelas agama sebab masih cetek ilmu lagi dan Keith suka tengok saya pakai tudung,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top