“Kejam Kamu Nubhan, Barang-Barang Saya Dicampak Didepan Rumah Ibu”

“Kejam Kamu Nubhan, Barang-Barang Saya Dicampak Didepan Rumah Ibu”


Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Fie meluahkan rasa marah apabila pelbagai barang termasuk barangan peribadi dikeluarkan dari rumah yang dia tinggal bersama anak-anak tanpa pengetahuannya.

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Fie berkata dia kini berada di luar negara dan memaklumkan Nubhan telah mengeluarkan barang-barang di rumah serta mendakwa barang-barang dicampak di hadapan rumah ibunya.

BACA: “Ini Rumah Aku, Jangan Nak Ambik Ya” – Dr Fie

Sementara itu, Dr Fie turut bertanyakan barangan berharga miliknya dipegang oleh siapa serta mengatakan kamera litar tertutup (CCTV) telah ditutup sekaligus dia tidak boleh memantau keadaan rumah.

Tidak dapat menahan sabar, Dr Fie mendedahkan segala aset-aset pemberian Nubhan hanyalah untuk dijadikan sebagai konten di media sosial.

“Tergamaknya kau! Rumah nama kau! Kereta nama kau! Macam tu je kau buang aku! Tanpa belas kasihan. 

“Lepas tu bukan main orang cakap bgi hadiah kereta, rumah, clinic! Tidak ya!!!! Dia punya tahap bagi tu atas dasar content je!” dedahnya.






Source link

OR

Scroll to Top