Kejar Redha Ilahi, LISA SURIHANI Hanya Terima Tawaran Lakonan Yang Bantu Perbaiki Diri Dari Aspek Kerohanian – Hijabista

Kejar Redha Ilahi, LISA SURIHANI Hanya Terima Tawaran Lakonan Yang Bantu Perbaiki Diri Dari Aspek Kerohanian – Hijabista

Sedar tak sedar kini sudah hampir lima tahun, pelakon yang namanya melojak naik ketika membintangi filem ‘Istanbul Aku Datang’, Lisa Surihani istiqamah berhijab dan menutup aurat dengan lebih sempurna.

Malah, penampilan Lisa yang semakin longgar dan sejuk mata memandang, sejak berhijrah dan semakin ghairah melibatkan diri, menimba ilmu dalam kelas-kelas keagamaan menjadi contoh yang baik hinga meraih pujian para peminat.

Bagaimanapun ketika ditemui Hijabista dalam satu majlis di Ibu Kota, Lisa akui dia agak sukar untuk menerima situasi dimana orang ramai memuji penghijrahannya. Ini kerana, dia merasa msih belum layak untuk menjadi contoh kepada orang ramai, kerana masih banyak yang perlu dipelajarinya.

Menurut Lisa, sejak mulai mengenakan hijab, dia menjadi sangat takut dengan berbagai hal. Oleh itu, tidak hairanlah Lisa kelihatan tidak selesa apabila ditanya mengenai penghijrahannya yang telah menerima banyak pujian.

Kejar Redha Ilahi, LISA SURIHANI Hanya Terima Tawaran Lakonan Yang Bantu Perbaiki Diri Dari Aspek KerohanianLisa Bimbang Pujian Bertukar Menjadi Suka

“Macam mana sekali pun, semua ini datangnya daripada Allah. Sejujurnya, saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang lahir perasaan suka,

“Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan. Tetapi, semua itu datangnya daripada Allah,

“Walaupun positif, tetapi perkara itu mampu melahirkan sifat sum’ah iaitu suka dengan pujian,” ujarnya.

Isteri kepada pengarah filem Malaysia, Datuk Yusry Abdul Halim itu berkata, manusia secara fitrahnya suka dipuji, tetapi kadangkala mereka terlupa dan menikmati perasaan dipuji orang lain.

Sebagai manusia biasa yang mempunyai hati yang rapuh, kata Lisa, perkara yang paling membimbangkan ialah bagaimana untuk terus istiqamah.

Malah, Lisa mengakui ada ketikanya dia “tersungkur”, namun sempat bangkit agar tidak berputus asa dalam landasan untuk menjadi seorang Muslim yang taat.

“Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Apa juga keadaan sekali pun, saya cuba pertahan sesetengah prinsip.

“Ya, ini suatu pengorbanan yang berat, terutama untuk terus kekal istiqamah. Tetapi, saya harus mencuba sebaiknya.

“Ada momen ‘tersungkur’, tetapi perlahan-lahan saya bangkit agar tidak lekas berputus asa dalam perjalanan ini,” katanya.

Setiap individu yang berhijrah menjalani proses yang berbeza. Sebagai manusia biasa, pelakon ini juga begitu. Katanya, tidak wajar untuk mempersoalkan cara perubahan seseorang dalam perjalanan menjadi lebih baik.

Kejar Redha Ilahi, LISA SURIHANI Hanya Terima Tawaran Lakonan Yang Bantu Perbaiki Diri Dari Aspek KerohanianKejar Redha Ilahi, LISA SURIHANI Hanya Terima Tawaran Lakonan Yang Bantu Perbaiki Diri Dari Aspek KerohanianTidak Lagi Terima Tawaran Lakonan, Lisa Fokus Bidang Pengacaraan

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia tidak menerima begitu banyak tawaran setelah berhijab. Namun, dia tidak risau akan perkara itu kerana dia mahu memberi fokus kepada bidang pengacaraan. 

“Sejak tampil berhijab, secara semula jadi, tawaran lakonan menjadi berkurangan. Mungkin sudah tertulis begitu, namun saya tidak terlalu kisahkan.

“Pada peringkat sekarang, minat saya lebih berat ke arah pengacaraan. Saya ingin belajar untuk memperbaiki skil itu.

“Bagi kerjaya lakonan, jika ada tawaran menarik yang boleh membantu perjalanan kerohanian saya, insya-Allah saya pertimbangkan,” katanya lagi.

Sekadar info, Isteri pengarah terkenal Malaysia Yusry Abdul Halim sejak memakai tudung sekitar tahun 2019, dia mula mendapat banyak pujian dalam talian kerana penampilannya yang lebih sederhana.

Sumber: Instagram Lisa Surihani

Artikel Berkaitan : Pernah Tersungkur Dalam Penghijrahan, Ini Pendedahan Mengejutkan Lisa Surihani!

Artikel Berkaitan : Meski Jadi Model, Gaya Tudung Tutup Dada Lisa Surihani Raih Pujian Netizen! Elak Pandangan Tabbaruj

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

OR

Scroll to Top