Kejutan Buat Peminat, Tuah Adzmi Dedah Sebab Gantikan Khai Bahar Di AJL40 SA – “Mula-Mula Dapat Tawaran Tu Saya Menggigil”

Kejutan Buat Peminat, Tuah Adzmi Dedah Sebab Gantikan Khai Bahar Di AJL40 SA – “Mula-Mula Dapat Tawaran Tu Saya Menggigil”


Penyanyi Tuah Adzmi tampil membuat kejutan apabila menggantikan penyanyi, Khai Bahar di pentas Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40 SA).

Menurut pemilik nama lengkap, Arumi Nafis Mohd Adzmi, 27, dia menerima tawaran itu kira-kira dua minggu lalu selepas menerima pesanan mesej daripada pihak pengurusannya untuk menggantikan penyanyi itu.

“Ceritanya daripada dua minggu lepas, masa tu saya dapat satu mesej, pihak  pengurusan tanya dengan Tuah, available tak untuk tarikh hari ini (Jumaat)? Jadi, saya tanya kenapa? Then mereka pun beritahu lah untuk separuh akhir AJL (SFMM38) dan mereka maklumkan lagu tu adalah lagu Khai Bahar.

“Dan masa tu saya tertanya jugalah macam mana kan? Kenapa Tuah dipilih untuk nyanyikan lagu tu. So mereka cakap mereka pun dah berbincang, company saya dah berbincang masing-masing dan semua pun setuju untuk saya nyanyikan lagu tu,” katanya.

Akuinya, dia tidak menolak peluang tersebut kerana menganggap lagu berkenaan sesuai dengan genre nyanyiannya selain menyifatkan tawaran yang diberikan sebagai platform untuknya mencabar diri sendiri beraksi di pentas berskala besar.

“Saya sendiri sebenarnya suka lagu ni sebab memang genre yang saya selalu nyanyi. Saya dah biasa dengan lagu-lagu macam ni dan juga lagu ni sebenarnya bagi Tuah kuat jugalah sebab banyak main dengan vokal sebenarnya.

“Dalam masa yang sama nak cabar diri sendiri dan juga saya tak pernah lagi ada dekat semi-final. So ini adalah satu pengalaman yang baru untuk saya,” jelasnya  selepas membuat persembahan pada hari pertama AJL40 SA di Glenamrie Shah Alam, pada Jumaat.

Meskipun  mengakui berasa gementar memikirkan tanggungjawab yang harus digalasnya termasuklah reputasi vokal Khai Bahar serta jangkaan peminat di luar sana, Tuah bagaimanapun mencuba untuk melakukan yang terbaik pada malam tersebut.

“Sebenarnya pressure dia sangat kuat untuk saya sebenarnya. Apatah lagi saya fokus dengar lagu ni memang dua minggu lepas. Lagi satu dia punya pressure adalah sebab lagu ni lagu Khai Bahar. Semua orang tahu suara Khi Bahar macam mana, semua orang tahu kualiti dia macam mana dan semua orang tahu juga peminat-peminat Khai Bahar macam mana.

“Jadi Tuah punya pressure tu, sebenarnya lagi takut dengan fans dia. Takut kepercayaan mereka terhadap saya untuk nyanyi lagu ni, dan takut mengecewakan mereka. Tapi Alhamdulillah saya dah cuba buat yang terbaik, harap semua suka dengan persembahan saya,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Tuah turut mendedahkan penyertaannya itu dirahsiakan sehingga hari persembahan, sekali gus menjadikan ia satu kejutan buat peminat.

“Sebenarnya untuk saya menggantikan Khai ni tak ada orang tahu pun. Cuma management sahaja yang tahu. So itu lagi buat saya pressure sebenarnya sebab mereka tak expect kan siapa yang akan nyanyi. Itu lagi buat saya rasa macam “Aku kena buat betul-betul, aku kena buat betul-betul”.

“Fans Tuah sendiri pun tak ada yang tahu Tuah nyanyi malam ni. Benda ni kira memang surprise lah sebenarnya,” ujarnya.

Selain persembahan Tuah, malam pertama AJL40 SA juga menyaksikan Umai tampil menggantikan Amira Othman menerusi lagu Rasa & Takdir.

Dengan tema Generasi Selamanya Juara, pentas separuh akhir kali ini menyaksikan 20 karya terbaik bersaing sengit untuk merebut tempat ke pentas akhir. Setiap lagu dinilai secara menyeluruh melibatkan kekuatan vokal, kualiti muzik serta impak persembahan di atas pentas.

Hari pertama saingan menyaksikan barisan lagu popular seperti Hijab Rindu (Black Hanifah), Pernah Punya Aku (Shila Amzah), Hilangmu Tak Terganti (Afieq Shazwan & Tajul), Kemana Ni (Acap Salam, Luca Sikta, KMY KMO), Tiwikarma, (KOI), Puaskah (Mariam Saim & Ameerais), Kamu (Aina Abdul), Semacam Pandora (Hazama), Kerana Ego (Tuah Adzmi) dan Tangisan Seorang Pendosa (Marsha Milan).

Saingan bakal diteruskan pada malam kedua dengan barisan lagu lain termasuk Nurcinta (Amir Masdi), Menyala (Stacy), Lemah (Dayang Nurfaizah), Seribu Tahun Lagi (Imran Ajmain), Nostalgila (Haqiem Rusli), Lumangad Oku Dika (Reynald Guntabid),  Tak Adil (Aisah Retno) dan Cak Cak Cekuk (Wanie Kayrie) sebelum keputusan lagu yang layak ke peringkat akhir diumumkan.



Source link

OR

Scroll to Top