Kejutan Justin, Letshanaa lolos ke suku akhir Terbuka Taiwan

Kejutan Justin, Letshanaa lolos ke suku akhir Terbuka Taiwan


Justin mara ke suku akhir Terbuka Taiwan selepas menumpaskan pemain tuan rumah di Taipei pada Khamis. Foto Agensi

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Justin Hoh melakar sensasi apabila mara ke suku akhir Terbuka Taiwan sebentar tadi.

Kejayaan tersebut diraih selepas pemain yang menghuni ranking ke-45 dunia itu mengejutkan juara bertahan, Lin Chun Yi dalam aksi pusingan kedua di Taipei.

Justin memperagakan aksi bertenaga sebelum menundukkan wakil tuan rumah yang menduduki ranking ke-17 dunia itu menerusi kemenangan 21-17, 21-18 dalam masa 46 minit permainan.

Kemenangan berkenaan menyaksikan Justin yang menghuni ranking ke-45 dunia bakal berdepan seorang lagi pemain Taiwan, Wang Tze Wei di peringkat suku akhir pada Jumaat.

Letshanaa akan berdepan pemain Korea Selatan dalam aksi suku akhir Terbuka Taiwan pada Jumaat. Foto Xinhua.

Letshanaa akan berdepan pemain Korea Selatan dalam aksi suku akhir Terbuka Taiwan pada Jumaat. Foto Xinhua.

Dalam pada itu, pemain perseorangan wanita, K Letshanaa turut mengiringi Justin ke dalam kelompok lapan pemain terbaik kejohanan berstatus Super 300 itu.

Letshanaa yang berkedudukan ke-50 dunia mara ke suku akhir selepas mengejutkan pemain tuan rumah, Chiu Pin Chian dalam pertarungan sengit tiga set.

Kemenangan tersebut bagaimanapun bukan diraih dengan mudah apabila pemain negara berusia 22 tahun itu dipaksa bekerja keras lebih sejam permainan.

Letshanaa menang set pertama 21-19, namun kalah pada permainan kedua 17-21.

Pemain berusia 22 tahun itu enggan berputus asa untuk bangkit mengesahkan kemenangan 26-24 dalam tempoh 71 minit.

Dalam saingan suku akhir, Letshanaa bakal berdepan saingan sukar apabila akan berdepan pemain ranking ke-15 dunia dari Korea Selatan, Sim Yu Jin bagi meraih slot ke separuh akhir.



Source link

OR