Pelakon Linda Hashim mendedahkan dia didatangi seorang wanita dipercayai kekasih kepada suaminya, Beego yang memintanya untuk segerakan proses perceraian.
Memetik mStar Online, Linda berkata wanita tersebut turut meminta agar dia tidak memberi harapan kepada Beego kerana mahu mulakan hidup baru bersama aktor berkenaan.
BACA: “Buat Apa Simpan Saya Lagi Kalau Nafkah Tak Diberi?” – Linda Hashim
“Semalam kekasih dia cari saya dan marah-marah, katanya jangan beri harapan kepada Beego sebab mereka nak mulakan hidup baru.
“Saya pun cakap, okay teruskan! Saya ke mahkamah pun memang untuk bercerai,” katanya.
Sementara itu, Linda berkata itu bukan pertama kali dia diserang wanita yang dikaitkan dengan suaminya itu, malah dia turut menjadi tempat luahan apabila ada wanita yang berdepan masalah dengan Beego.
“Tak tahu nak kata serius atau tidak hubungan mereka. Masa tengah seronok, penyondol-penyondol ini lupa saya siapa. Tapi bila ada masalah baru cari saya.
“Mereka boleh buat sesuka hati, tapi jangan ganggu saya,” katanya.
Terdahulu, Linda memfailkan perceraian terhadap Beego pada awal Januari lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.
Pasangan tersebut sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada 9 April tahun sama.






