Kekasih Ben Amir Sah Peluk Islam, Pilih Nama Liana Alara

Kekasih Ben Amir Sah Peluk Islam, Pilih Nama Liana Alara


Kekasih kepada pelakon Ben Amir iaitu Maiya memperkenalkan nama barunya, Liana Alara seleaps sah memeluk Islam.

Menerusi perkongsian di Threads, Miaya memilih nama tersebut yang membawa maksud tenang dan cahaya dalam fasa baru hidupnya.

BACA: Ben Amir Lebih Tenang Tinggal Di Filipina, Serabut Hidup Di KL

“Nama Islam saya ialah Liana Alara, nama yang membawa makna baharu, kedamaian dan cahaya dalam kehidupan baharu hidup saya,” tulisnya.

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Liana meluahkan rasa syukur dan berterima kasih di atas sokongan yang diberikan dalam fasa baru kehidupannya itu.

“Terima kasih kerana menyambut saya dengan begitu baik dalam perjalanan baharu kehidupan ini.

“Doa, mesej dan pelukan anda (walaupun dari jauh) amat bermakna dan sukar digambarkan dengan kata-kata. Saya benar-benar bersyukur untuk setiap seorang daripada anda,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top