“Kekayaan Saya Hanya Untuk Isteri, Anak-Anak Perlu Cari Harta Sendiri”

“Kekayaan Saya Hanya Untuk Isteri, Anak-Anak Perlu Cari Harta Sendiri”


Penyampai radio dan pelawak, Johan berkata segala kerja keras dan kekayaan yang dikumpulnya adalah untuk memberi keselasaan kepada isteri tercinta, Ozlynn dan bukan untuk diwariskan kepada anak-anak.

Memetik Utusan Online, Johan berkata sebagai bapa dia sudah berikan pendidikan yang cukup kepada enam anaknya untuk mencari harta sendiri dan dia tidak mengharapkan sebarang balasan.

BACA: “Saya Tak Mahu Dituntut Esok” – Johan Ajak Pembantu Rumah Solat Jemaah & Mengaji

“Saya bekerja keras baik sebagai penyampai radio dan usahawan sebab maklumlah anak kami ramai. Kami tanggung segala perbelanjaan mereka. Mereka nak apa, kami berikan. Tiada subsidi.

“Tetapi saya tidak harapkan balasan daripada mereka. Saya hanya pastikan mereka dapat pendidikan yang terbaik, itu tanggungjawab saya sebagai bapa,” katanya.

Sementara itu, Johan berkata dia percaya bahawa anak-anak perlu mencari  kejayaan berdasarkan minat serta kemampuan mereka sendiri. Tambahnya lagi, selagi dia masih hidup tiada harta yang akan diserahkan kepada anak-anak.

“Apa yang saya cari hari ini bukan harta untuk anak cucu saya, sebaliknya untuk isteri. Sebab saya sudah bekalkan kepada anak-anak dengan tiga perkara penting iaitu pendidikan, ilmu dan pelajaran.

“Dengan tiga perkara ini, saya mahu mereka keluar dan cari kekayaan sendiri. Kalau nak kekayaan saya juga, lebih baik jadi pembantu peribadi. Saya berikan rumah, kereta semua.

“Selagi saya hidup, kekayaan saya bukan untuk mereka. Saya mahu mereka belajar berdikari dan faham nilai usaha. Lagipun, anak tidak semestinya minat apa yang kita minat. Kita kena terima dan galakkan mereka teroka minat mereka sendiri,” katanya.

Sumber: Utusan Online






Source link

OR

Scroll to Top